Khairul Aming: Chef Instafamous Santai

Pemuda “hey, wassap gais” yang memiliki pengikut sebanyak 2.7 juta di  Instagram menjadi buah mulut netizen sejak 3 tahun kebelakangan ini. Chef Instafamous yang mesra disapa sebagai Khairul Aming kini mempunyai segmen wajib iaitu 30 hari 30 Resepi sepanjang bulan Ramadhan sejak 2018.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Khairul Aming berkongsi idea dan resepi menarik sebagai juadah berbuka berpuasa. Ayam Madu antara menu raih 1 juta penonton kerana resepi tersebut merupakan antara juadah digemari ramai sekaligus membuatkan mereka ingin mencuba resepi tersebut ketika bulan puasa lalu.

Kalau anda ingin mencuba resepi baru, mudah dan cepat,  follow @khairulaming di Instagram ok! Confirm tak menyesal sebab resepi yang dikongsikan nampak sangat senang dan ringkas untuk dibuat. Selamat mencuba semua!