Kenali Personaliti: Introvert dan Extrovert

Introvert dan Extrovert adalah dua perkataan menggambarkan individu dengan sifat yang berbeza. 

Dari segi pergaulanan, sikap introvert adalah seorang yang pemalu. Mereka akan memilih untuk menyimpan apa yang dirasa serta jarang menyatakan pendapat dan idea. Mereka juga lebih berminat dalam aktiviti bersendirian atau tidak melibatkan orang ramai.

Extrovert pula adalah orang yang bersikap luar biasa. Mereka lebih gemar untuk  berbual dengan orang ramai. Orang yang lebih terbuka seperti extrovert mungkin tidak mempunyai masalah untuk menyampaikan pemikiran dan idea mereka kepada orang lain. Oleh itu, mereka biasanya lebih suka berada dalam kelompok ramai, bukan bersendirian.

Senang kata, Introvert hanya akan berkongsi hari-harinya bersendirian atau dengan orang yang mereka selesa sahaja. Extrovert pula akan menghabiskan masa serta bercakap tentang diri mereka secara bebas dan terbuka.

Korang yang mana satu?