Kita biasanya didengarkan dengan mumia bila tengok movie Tomb Rider or The Mummy. Tapi tahu tak pasal budak yang telah diawet and masih elok sampai sekarang. So, jom kita story morry !
Fyi, ada seorang anak perempuan yang bernama Rosalia Lombardo telah dilahirkan pada tahun 1918. Tapi sayangnya dia telah meninggal dunia di usia muda kerana radang paru-paru atau pneumonia. Time tu, Rosalia baru je berumur 2 tahun tau. Kesian betul !
Sebab terlalu sedih dengan kematian puterinya, Ayah Rosalia ni pun telah upah Dr. Alfredo Salafia untuk awet mayat Rosalia tu supaya Rosalia ada endless life after death kiranya macam ada kehidupan abadi lah even dia meninggal muda. Ala, macam orang dulu-dulu percaya lah gitu.
Yang uniknya, berkat dari pengawetan tu, organ-organ Rosalia masih elok sampai sekarang tau. Bukan itu je, dia nampak macam seolah tengah tidur. So, no wonderlah Rosalia digelar ‘Sleeping Beauty of the Capuchin Catacombs‘. Nak nak sekarang dia diletakkan dalam keranda kaca.
Misterinya, sampai sekarang tiada siapa yang tahu ramuan sebenar yang digunakan oleh Dr. Alfredo untuk mengawet Rosalia ni. Lebih -lebih lagi bila Rosalia ni dikatakan mumia yang sempurna membuktikan kehebatan manusia melalui kematian.