Kehidupan Baru Fatherhood: Persiapan Menjadi Bapa

Normal bagi mereka yang bakal bergelar bapa mempunyai campuran perasaan – dari perasaan gembira serta berdebar menuggu cahaya mata untuk lahir. Sukar juga untuk merasa bersedia sepenuhnya menjadi bapa.

Ikuti tips kehidupan baru fatherhood melaksanakan hari-hari sebagai bapa. Welcome to daddy club, fathers!

1. Mulakan dengan membuat penyelidikan

Ketika pasangan anda sedang hamil, lakukan kajian. Memahami apa yang isteri anda rasakan terutama apabila mereka mengalami morning sickness.” Apabila tiba masanya untuk bersalin, luangkan masa membaca mengenai kelahiran secara vaginal atau cesarean kerana ia dapat membantu isteri memilih melahirkan bayi dengan selamat.

2. Jaga kesihatan

Sebelum bayi dilahirkan, beri tumpuan kepada kesihatan sendiri. Sekiranya merokok, cuba berhenti. Pendedahan terhadap asap kepada ibu mengandung telah terbukti meningkatkan risiko kecacatan jantung pada bayi baru lahir.

3. Tentukan bapa yang ingin anda jadi

Lihat bagaimana bapa memainkan peranan membesarkan anda kerana anda sahaja yang akan menentukan bagaimana mahu menampilkan sebagai seorang bapa kepada anak-anak dengan didikan dripada orang tua anda.

4. Persiapkan diri dengan dunia baru

Banyak yang perlu dilakukan untuk mempersiapkan kedatangan bayi. Membuat pendaftaran lahir, menyiapkan ruang untuk bayi tidur, menguruskan wang perbelanjaan termasuk lampin, susu serta bil hospital bersalin.

5. Teman isteri semasa temu janji bersama doktor

Pemeriksaan kandungan dapat membantu isteri berhubung dengan kehamilan. Bakal bapa juga berpeluang mengetahui apa yang dialami pasangan dan mendapat maklumat mengenai perkembangan bayi.