Memadamkan api & Menyelamatkan nyawa-Jom masuk Bomba !

Bagi yang sudah bekerjaya tetapi ingin menjadi sebahagian dari pasukan ini juga dapat menyertai pertubuhan Pasukan Bomba Sukarela untuk membantu dalam bersiap sedia atas segala kemalangan yang berlaku di kawasan perumahan di tempat tinggal mereka.

Pasukan Bomba Sukarela juga akan diberi latihan oleh Pasukan Bomba Malaysia dan diberi hak kuasa untuk bertindak jika ada sebarang kemalangan yang berlaku di persekitaran tempat tinggal mereka.

Antara syarat kelayakan fizikal untuk memasuki bomba ialah perlu mempunyai tinggi 1.57 meter bagi lelaki dan 1.53 meter bagi perempuan serta berat 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan. Anda juga perlu lalui ujian BMI dan ukuran dada biasa 81cm(ukuran dada biasa) dan 84cm (semasa dada kembang) serta ukuran dada hanya dinilai bagi lelaki.

Kemudian, Bakal bomba akan lalui ujian mata, ujian kecerdasan, ujian psikometrik dan Ujian individu bomba. Jika lepas segala ujian maka anda akan dipanggil temuduga.

Antara latihan untuk ujian kecerdasan ialah:

  1. berkawad
  2. Angkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan
  3. Junam dan tegakkan tanda bomba
  4. Naik turun tangga
  5. Memanjat tali setinggi 4.75meter

Jika lulus temuduga maka bagi lepasan SPM akan dapat menjadi pegawai bomba serta bagi lepasan ijazah akan dapat menjadi penguasa dan penolong penguasa bomba.

Permohonan untuk memasuki bomba boleh di pohon di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) https://www.spa.gov.my/spa/ dan perlu lulus dalam Public Service Entry Exam (PSEE).

PAGES

1 2 3