Memadamkan api & Menyelamatkan nyawa-Jom masuk Bomba !

11 Unit yang terdapat di bawah Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu:

  1. Unit Operasi dan Penyelamatan
  2. Unit Keselamatan Kebakaran
  3. Unit Penyiasatan Kebakaran
  4. Unit Latihan
  5. Unit Pembangunan
  6. Unit Pendidikan dan Perancangan
  7. Unit Pengurusan
  8. Unit Kejuruteraan
  9. Unit Korporat
  10. Unit Integriti
  11. Unit Udara

6 Unit Jabatan Bomba dan Penyelamat di peringkat Negeri iaitu:

  1. Unit Operasi
  2. Unit Keselamatan Kebakaran
  3. Unit Penyiasatan Kebakaran
  4. Unit Latihan
  5. Unit kejuruteraan
  6. Unit Pengurusan

Selain itu, Jabatan Bomba juga ada bahagian di peringkat zon dan balai (kerja-kerja pengoperasian & keselamatan) dan turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela.

Antara Gred yang terdapat di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ialah Gred KB (Keselamatan Bomba) yang dipecahkan mengikut KB19,KB22,KB24,KB26,KB28,KB29,KB32,KB38,KB40,KB41,KB44,KB48,KB52,KB54 Jusa C, Jusa B dan Jusa A.

Bagi gred diperingkat bawah 28 adalah bahagian pelaksana atau sokongan manakala gred 41 keatas adalah sebagai pegawai kanan dan profesional serta Jusa adalah di bawah pengurusan utama.

Operasi dan Penyelamatan yang melibatkan kawasan darat, laut dan udara merupakan skop utama sebagai Bomba dalam bahagian memadam kebakaran dan keselamatan kemanusiaan.

5 Akademi Bomba yang terdapat di Malaysia iaitu di:

  1. Akademi Bomba, Wilayah Tengah di Johor Bharu
  2. Akademi Bomba, Wilayah Utara di Tronoh
  3. Akademi Bomba, Wilayah Timur di Terengganu
  4. Akademi Bomba di Sabah
  5. Akademi Bomba di Sarawak

PAGES

1 2 3