Umum mengetahui Malaysia sudah pun membuat keputusan muktamad yang Malaysia- tidak akan menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD). So, team MKR telah turun padang mengikuti perkembangan himpunan aman ICERD pada 8 December 2018.
Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri dengan beratus ribu orang meraikan tanda kesyukuran sebab Malaysia sudahpun membatalkan ratifikasikan ICERD. Dikatakan seramai 100,000 peserta yang menyertai, sampaikan 6 jalan utama KL pun ditutup uolls!
Haa yang nie salah satu group kesukaan MKR, dorang dilihat sedang berjalan sambil bawak banner sambil berteriak “TOLAK ICERD TERIMA GANJA”. Kemain kan? Macam-macam ragam lah peserta Himpunan Aman Bantah ICERD nie, terhibur sis!
Dan seperti yang korang dapat lihat, ada jugak yang siap bawak budak kecik lagi tu sertai himpunan aman bantah ICERD nie. Korang rasa macam mana? Patut ke tak patut bawak budak-budak pergi himpunan walaupun amannnnnnnnn? Dan kalau korang nak tahu bawak kanak-kanak ke himpunan ICERD adalah menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012 tau. Kesian budak tu bersesak berpanas join mak pak berhimpunnnnnnn.
Satu fenomena yang jarang-jarang dapat kita tengok, apabila ratusan ribu umat Islam bersama-sama menunaikan solat Zohor di beberapa lokasi di sekitar ibu kota. Selepas menunaikan solat Zuhur, peserta turut melakukan solat sunat kesyukuran. Takbirrrrr!
Team MKR berpeluang interview beberapa peserta muda tentang himpunan ICERD nie dan apa yang mengejutkan, sebilangan besar dari dorang tak tahu pun tujuan utama ICERD tu apa. Jawapan dorang semuanya berkisar tentang untuk menegakkan agama Islam semata-mata. Ada jugak yang sekadar ikut kawan, ikut group and ikut family je uolls dan ada jugak yang tak tahu motif utama mengikuti himpunan nie. Ish ish ish!
Memang tak dapat disangkal lagi, himpunan aman bantah ICERD nie memanglah aman pun tapiiiii still ada unsur-unsur provokasi kot. Di mana, ada beberapa peserta yang siap bawak sepanduk yang bertulis “KAMI DAH BOSAN DENGAN KERAJAAN BARU”, “KAMI NAK KAN PARLIMEN DIBUBARKAN” dan “WAYTHA MOORTHY PERLU LETAK JAWATAN”- haaa korang tak rasa nie semua salah satu bentuk provokasi ke? Zassssssss!
So far apa yang paling team MKR salute ialah kebersihan memang tip top! Serius talk, sepanjang perjalanan nak ke Dataran Merdeka tu memang tak banyak sampah pun. Sesuatu yang membanggakan lah kan sebenarnya sebab rakyat Malaysia kan memang terkenal dengan buang sampah merata oosssspps nie bukan judge ok, nie realitiiiiiiiii!