Fakta Payudara Wanita Besar Sebelah

Entri kali nie khas buat para wanita! Cuba korang check payudara korang, besar sebelah? Jangan risau, faktanya menurut hasil kajian hampir 50% wanita di dunia memiliki ukuran payudara yang tidak sama besar ataupun payudara yang besar sebelah. Mesti korang tertanya-tanya kan, apakah punca adakah normal? Berikut beberapa fakta payudara besar sebelah:-

#Hormon Estrogen

Hormon estrogen yang mempengaruhi pembentukan payudara. Perbezaan size payudara korang mostly sebab hormon, takda apa yang perlu dirisaukan. Perubahan bentuk badan perempuan akan berlaku pada perempuan bila mula mengalami akil baligh.

#Jantung

Kalau korang perasan payudara sebelah kiri yang besar sikit dari kanan, sebabnya sebelah kiri terletaknya jantung kita. Bila ada jantung akan ada banyak pembuluh darah dan lapisan lemak yang extra sikit kat kawasan jantung tu- dengan tujuan melindungi jantung.

# Genetik

Untuk pengetahuan korang, faktor genetik jugak mempengaruhi pembentukan ukuran payudara sesorang. Kalau dah ibunya ada payudara besar sebelah, korang pun mewarisi bentuk payudara yang samalah. Jangan risau, faktor genetik nie adalah normal.

# Hamil

Perempuan hamil mengalami perubahan bentuk/ukuran payudara yang juga menjadikan payudara jadi besar sebelah bertujuan untuk mempersiapkan diri untuk produce susu untuk susukan bayi nanti.

# Ovulation Period

Masa perempuan tengah subur/ovulasi- payudara akan membesar dan lebih sensitif. Kalau korang nak tahu, masa subur nie lah perempuan sangat mudah dirangsang melalui payudaranya.

# Padding Bra

Padding bra juga selalu dipakai untuk mereka yang memiliki payudara yang besar sebelah. Yelah, boleh je pakai satu padding pada payudara yang lebih kecil supaya nampak sama besarlah.

# Petunjuk Kanser Payudara

Tetapi harus berwaspada jugak uolls, kalau korang rasa payudara korang tu besar sampai dua kali ganda nak dibandingkan dengan yang sebelah, maka ada something wrong lah. Kajian yang dilakukan mengatakan bahawa wanita yang memiliki ukuran payudara besar sebelah, dengan perbezaan sekitar 95 gram berisiko untuk menghidap kanser payudara.

Apa pun, janganlah menganggap memiliki payudara besar sebelah nie sebagai satu kecacatan. Jangan risau bukan korang sorang je yang ada payudara besar sebelah dalam dunia nie. Tapi kalau dah ketara sangat saiz tu, korang kena jumpa doktor jugak okay?

COMMENTS