Eyeliner Di Kaki Bukan Di Mata!

Lukis eyeliner kat kaki untuk nampak macam pakai stokin? Ini sejarah eyeliner pada tahun 1940 (WWII) yang ramai orang tak tahu!

Tahun 1940, stokin Nylon antara keperluan penting setiap wanita. Keluar rumah tanpa stokin sangat pelik time tu unless nak ke pantai. Akibat dari World War II, syarikat pengeluar stokin tak dapat nak penuhi demand masyarakat (stokin nylon juga cepat koyak & susah nak jaga).

Kalau korang nak tahu, time tu company stokin tak expect ada demand yang sangat tinggi! So, cosmetic company time tu come out dengan idea, “If we cant buy them, we make them!

Di sebabkan susah nak dapatkan stokin, diorang gunakan eyeliner & buat garisan belakang kaki untuk nampak macam pakai stokin! So, dekat sini diorang bijak hasilkan produk yang boleh selesaikan masalah target pelanggan diorang.

Garisan lurus belakang kaki lagi senang nak buat dengan bantuan orang lain. Even ada store atau beautician yang buat perkhidmatan garisan eyeliner belakang kaki. Tamat WWII, bila stokin dah mudah dapat semula trend melukis garisan eyeliner ini dah tak popular.