Dari Lensa Mata Aku: Himpunan Aman Bantah ICERD!

Aku sendiri tak berapa nak pasti nie himpunan apa. Dari satu sisi apa yang aku nampak macam rusuhan je, dari sisi yang lain pulak aku rasa nie macam satu himpunan ‘kosong’ je.

Pertamanya, apa yang terlintas dalam kepala aku ialah- ‘Macam nie ke umat Islam meraikan kesyukuran?’. Bukanlah nak kata salah pun, cumanya aku terpakulah dengan perarakan secara besar-besaran macam nie. Yelah, muslimin muslimat saling bergesel antara satu lain. Tahu nak bersatu padu berkongsi keseronokkan tapi tu lah tu macam nie ke cara bersyukur yang betullll? Mungkin cara bersyukur era baru mungkin.

Ini satu lagi yang terlintas dalam fikiran aku, katanya himpunan aman tapi apa yang aku rasalah sepanjang himpunan nie berlangsung- selain dari membuat seruan bangkit, ada dari kalangan dorang berteriak, keluarkan kata-kata yang berbaur ancaman, amaran serta mendoakan kerajaan PH dipendekkan umur kalau berani cuba membawa ICERD ke parlimen. Macam mana nie? Doa apa nieeee?

Tapi aku turut berbanggalah dengan ribuan mahasiswa ke himpunan daulat nie uolls, kira-kira 10 ribu mahasiswa yang datang- ini merupakan satu simbolik lah untuk mengembalikan semula kegemilangan kepimpinan mahasiswa yang dilihat semakin lesu. Manalah tahu, mahasiswa bakal memimpin negara. Kita memang patut bagi peluang kat warga muda pulak!

Ramai memang ramai yang join tapi rata-rata bila ditanya pasal ICERD yang terdetik yang jelas di fikiran dorang yang hadir nie cumalah semata-mata menegakkan agama Islam sahaja. Ada yang tak tahu apa-apa pun pasal ICERD nie. So, datang memang saja-saja untuk meramaikan je ke? Saja-saja ikut family, ikut kawannnn?

Adalah diingatkan ini hanyalah point of view semata-mata, sebagai warga muda yang mengikuti perkembangan himpunan aman bantah ICERD tempoh hari. Tiap orang ada pandangan yang tersendiri..