‘Bulan Hantu Lapar’ kembali menghantui!!!

Pesta Hantu Lapar atau Hungry Ghost Month disambut pada bulan ke-7 mengikut kalendar Cina setiap tahun. Ikut kiraan pada tahun 2023, Bulan Hantu ini jatuh pada bulan Ogos dimana kemuncaknya adalah pada 30 Ogos ini.

Alkisahnya, masyarakat Cina percaya ‘Gates of Hell’ atau Gerbang Pintu Neraka akan dibuka dan hantu atau roh orang mati akan dibebaskan dan berkeliaran, siap datang melawat family, mencari makanan dan hiburan.

Bagi yang hidup di dunia yang fana ni pula- mereka perlu menyediakan makanan, duit dan hiburan untuk si mati. Tak hairanlah kalau korang ada nampak banyak makanan, persembahan opera Cina (Getai) pada musim ini.

Selain menyediakan semua ini, ada pantang larang jugak yang perlu dipatuhi- kalau TAK ada akibat yang menanti. MKR Kongsikan beberapa pantang larang semasa bulan Hantu Lapar:-

1. Jangan tegakkan/dirikan chopstick dalam mangkuk nasi

Mengikut kepercayaan Cina, hantu-hantu yang tengah lapar mungkin boleh salah anggap chopstick sebagai kayu colok yang boleh dibakar untuk mereka.

2. Jangan pakai pakaian berwarna merah atau hitam

Kalau masa Tahun Baru Cina warna merah dianggap ‘ONG’, tapi tidak pada bulan hantu lapar geng. Adalah dilarang sama sekali sebab warna ni boleh menarik perhatian si mati.

3. Jangan pakai pewarna kuku HITAM!

Buat para wanita dilarang pakai nail polish warna hitam. Nanti hantu confuse, hantu fikir korang satu geng dengan mereka dan akan follow sampai balik rumah!

4. Jangan balik lewat malam

Tak digalakkan keluar rumah ataupun balik rumah lewat malam sebab kebarangkalian ‘terserempak’ dengan hantu lapar memang tinggi. Kanak-kanak dan ibu mengandung perlu lebih berhati-hati apabila di luar- hantu suka.

5. Jangan pergi kawasan air- pantai atau kolam

Masyarakat Cina percaya roh hantu yang lemas tak dapat kembali ke alam yang sepatutnya dan akan menarik manusia hidup yang berlegar dan bermain di kawasan berair bagi menggantikan roh mereka.

6. Jangan kahwin, open new business atau berpindah!

Pasangan yang ingin berkahwin, pindah rumah baru ataupun memulakan perniagaan baru- anda disarankan untuk TANGGUHKAN dulu! Dipercayai, kalau masih berdegil, akan disumpah dan ‘suwey’. Bukan tu je, renovate atau alihkan perabot pun tak boleh! Sebab boleh mengganggu roh yang duduk rileks kat situ.

7. Jangan ambil gambar makanan yang diletakkan di tepi jalan

Snap snap snap! Elakkan mengambil gambar, dipercayai kamera dapat ‘menangkap’ roh berkeliaran masa bulan hantu lapar ni. Takut masa korang snap tu ada entiti termasuk sekali dalam gambar korang tu. Naya Pak Karimmm!

8. Jangan ganggu barang sembahyang di jalanan

Dilarang sama sekali untuk menyentuh, memijak apatah lagi menendang apa-apa barangan sembahyang atau makanan yang disajikan di tepi jalan- untuk hantu-hantu lapar. Untuk korang yang telah terpijak secara tak sengaja, jangan risau- pastikan korang minta maaf dan mengaku salah kat hantu-hantu tu ok?

Sebenarnya ada banyak lagi pantang larang masyarakat Cina yang perlu dipatuhi semasa musim BULAN HANTU LAPAR ni. Apapun pantang larang ni hanya untuk rakan-rakan kita yang berbangsa Cina je okay. Enjoyyyy!