Ramai cakap drive kereta manual ni lebih cool dan auto pulak untuk orang noob je sebab senang. So, jom kita tengok apa pro dan cons antara kereta auto dan manual ni.
Gear Auto
- Cara drive auto ni tak perlu tukar gear macam manual yang kena tukar gear at certain times.
- Kalau gearbox kereta auto rosak, harga dia lebih mahal berbanding manual.
- Auto juga tak banyak pedal macam manual sebab auto tak ada clutch. So, nak tukar gear senang.
- Kalau hadap traffic jam pun lebih rileks.
- Lastly, kalau orang yang jenis cepat gelabah tu sesuai lah bawa auto.
Gear Manual
- Orang yang bawa manual ni lebih cool sebab kena pandai tekan clutch dan masuk gear untuk tukar tahap kelajuan tu at the same time.
- Harga dan maintenance kereta manual juga lebih murah.
- Tahap kelajuan manual lebih pantas dan cepat pick up berbanding auto.
- Brek kereta manual tak cepat haus berbanding auto sebab manual boleh tukar gear rendah (drop gear).
- Plus, jualan kereta manual dekat pasaran tak banyak macam auto.
Kebiasaannya orang yang reti bawa manual ni dia pandai bawa auto. Tapi kalau orang yang hanya reti bawa auto belum tentu pandai bawa manual.