Negeri di bawah bayu yang dipopularkan oleh penulis dari Amerika bukan terkenal semata-mata namanya tetapi ianya lebih dikenali kerana terdapat khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Tetapi kemusnahan hutan yang disebabkan aktiviti manusia seperti pembalakkan dan pembakaran telah mengakibatkan ancaman kepupusan hidupan liar di Sabah.
Akibat ancaman kepupusan tersebut, terdapat beberapa alternatif yang telah dilaksanakan dalam memelihara dan memulihara hidupan liar di Sabah. Pusat Perlindungan yang ditubuhkan bukan sekadar dapat menyelamatkan hidupan liar tetapi ianya dapat menarik pelancong datang ke Sabah.
Berikut adalah senarai Pusat Perlindungan yang sering menjadi tumpuan pelancong luar negara:
Pusat Pemuliharaan Sun Bear Borneo
Location: PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah ( lebih kurang 30 minit dari Sandakan )
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 3.30 petang (sepanjang tahun, termasuk cuti)
Bayaran Masuk: Kanak-kanak bawah 12 (Percuma); Remaja berumur 12-17 (2.10 untuk warganegara Malaysia dan RM15.90 untuk warganegara asing); Dewasa berumur 18 tahun ke atas (RM5.30 untuk warganegara Malaysia dan RM31.80 untuk warganegara asing).
Nota: Kamera dengan lensa 500mm dan ke atas akan dikenakan fi tambahan.
Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok
Location: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan.
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 12 petang – 4 petang); Jumaat (9 pagi – 11 pagi dan 2 petang – 4 petang)
Bayaran Masuk: Rakyat Malaysia (RM2 untuk yang berumur 18 tahun ke bawah dan RM5 untuk yang berumur 18 dan ke atas); warga negara asing (RM15 yang berumur 18 tahun ke bawah dan RM30 untuk yang berumur 18 dan ke atas)
Nota: Kamera dan kamera video akan dikenakan fi tambahan. RM10 setiap unit untuk kegunaan peribadi dan RM1,000 – RM10,000 untuk rakaman profesional dan fotografi (lensa 400mm dan ke atas).
Pusat Perlindungan Monyet Proboscis Labuk Bay
Location: Off Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Makan: 9.30 pagi dan 2.30 petang (Platform A) dan 11.30 pagi dan 4.30 petang (Platform B)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM15 untuk rakyat Malaysia dan RM60 untuk warga asing); Kanak-kanak (RM5 untuk rakyat Malaysia dan RM30 untuk warga asing)
Nota: Kamera akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10.
Hutan Simpan Deramakot
Location: Telupid, Beluran, Sabah
Hutan Simpan Deramakot adalah salah satu hutan simpan yang mempunyai kepelbagaian paling tinggi dari segi biologinya. Hutan ini memiliki lebih 75 peratus mamalia seperti Orangutan, Gaja Pygmy, Monyet Proboscis dan Harimau Bintang. Ini bermakna peluang anda untuk melihat haiwan-haiwan eksotik ini agak cerah.
Bayaran masuk: RM15 seorang; RM100 untuk kenderaan pengangkutan; RM10 untuk kamera peribadi; dan RM250 untuk bermalam di chalet.