Beza EDC, EDT dan EDP Dalam Perfume

Perkataan EDC, EDT dan EDP yang sering dilihat pada setiap botol minyak wangi untuk ke tempat kerja, membeli-belah mahupun untuk kegunaan seharian di rumah sudah pasti menjadi kebiasaan penguna. Persoalannya, adakah anda tahu ketahanan dan perbezaan ketiga-tiga jenis minyak wangi tersebut? 

Eau de Cologne 

EDC sangat ringan dan segar dengan kepekatan minyak wangi sebanyak 2% – 4%. Ia diperbuat daripada buah-buahan dengan mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak. Ketahanan aroma biasanya hingga 2 jam.

Eau de Toilette

EDT dengan kepekatan minyak wangi  5% – 15% mempunyai lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT jenis minyak wangi  perlu semburan kerap untuk kegunaan seharian kerana ketahanan bau akan hilang selepas 2 ke 3 jam.

Eau de Parfum 

EDP mempunyai kepekatan minyak wangi  sebanyak 15% – 20%, paling tinggi berbanding EDT dan EDC yang menjadikan ketahanan bau tidak akan hilang sehingga 4 ke 5 jam selepas semburan.