Perkataan EDC, EDT dan EDP yang sering dilihat pada setiap botol minyak wangi untuk ke tempat kerja, membeli-belah mahupun untuk kegunaan seharian di rumah sudah pasti menjadi kebiasaan penguna. Persoalannya, adakah anda tahu ketahanan dan perbezaan ketiga-tiga jenis minyak wangi tersebut?
EDC sangat ringan dan segar dengan kepekatan minyak wangi sebanyak 2% – 4%. Ia diperbuat daripada buah-buahan dengan mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak. Ketahanan aroma biasanya hingga 2 jam.
Eau de Toilette
EDT dengan kepekatan minyak wangi 5% – 15% mempunyai lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT jenis minyak wangi perlu semburan kerap untuk kegunaan seharian kerana ketahanan bau akan hilang selepas 2 ke 3 jam.
Eau de Parfum
EDP mempunyai kepekatan minyak wangi sebanyak 15% – 20%, paling tinggi berbanding EDT dan EDC yang menjadikan ketahanan bau tidak akan hilang sehingga 4 ke 5 jam selepas semburan.