Belanjawan 2019: Peruntukan RM20 Juta Untuk Ujian Saringan Wanita- Yayyy!

Jangan risau jangan bersedih buat  para ladies, takkan dilupakan peruntukan untuk korang! Antara perkara yang di highlight ketika pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Malaysia ialah mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta untuk ujian saringan bagi wanita.

Haaa kerajaan akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mammogram), program vaksinasi HPV dan jugak ujian saringan Pap Smear kat hospital and klinik.

Dan 35 peruntukan sebanyak RM20 juta nie  katanya akan memanfaatkan seramai 70,000 wanita di seluruh Malaysia. Haaa memang wajar sangatlah kan? Kalau korang nak tahu, setiap seminit seorang wanita di dunia didiagnos dengan kanser serviks tu sebablah Pap Smear nie penting!

Kalau kat Malaysia pulak, dilaporkan yang kanser payudara adalah kanser pertama dan kanser serviks adalah kanser kedua yang dihadapi oleh para wanita Malaysia! Mengetahui hal nielah, kerajaan sangat memandang serious tentang pelindungan kebajikan kesihatan wanita.

So para ladies! Harap korang gunakan lah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan nie dengan sebaik mungkin. Usaha sama supaya dapat menurunkan peratusan mengidapi penyakit kanser serviks dan kanser payudara! Sayangi diri korang!

#kanserwanita

#bajet2019

#peruntukanwanita

#Malaysiabaru

 

 

COMMENTS