Bangun Lightning Tigress Dari Tidur

Bermula tahun 2017, ketika Malaysia menjadi tuan rumah kepada South East Asia Games (SEA Games), kebangkitan pasukan bola jaring dapat kita lihat perkembangannya. Pasukan yang diberi nama Lightning Tigress itu menjadi saingan yang hebat dan kuat terhadap pasukan dari Singapura, iaitu Singapore National Netball Team.

Pada SEA Games 2019, Malaysia telah mengekalkan kejuaraannya apabila Berjaya mengalahkan pasukan Singapura dengan mata yang dikumpulkan 48-42. Namun, apabila dibandingkan dengan psaukan bola jarring Singapura, Lightning Tigress berada pada kedudukan 27 jika dibandingkan dengan Singapura iaitu di tangga 26. Tidak dinafikan bahawa sukan bola jaring Malaysia mula mengorak langkah untuk ke persada dunia, namun pasukan Malaysia masih mempunyai perjalanan yang jauh unutk mencapai di kedudukan yang selesa.

Menyingkap kembali sejarah bermulanya pengenalan sukan bola jarring Malaysia di mata dunia adalah apabila kemunculan sulungnya adalah pada sukan Komanwel pada tahun 1983. Pada tahun 2016, Kuetau Jurulatih Tracey Robinson yang berasal daripada Australia menggantikan Choo Kon Lee dan membantu pasukan Lightning Tigress unutk terus mengukir nama dalam sukan bola jaring. Dari situ, kita boleh lihat perkembangan pasukan bola jaring Malaysia mula menjuarai Asian Netball Championship, Sukan SEA 2017 dan Sukan SEA 2019.

Walaupun pasukan Lightning Tigress gagal menerpa nama dalam Netball World Cup 2019 yang bertempat di Liverpool, England, kita dapat lihat pasukan bola jaring Malaysia menjadi semakin baik.