Bangsa Melayu di Himpunan Aman Bantah ICERD

Bangsa Melayu di Himpunan Aman Bantah ICERD

(Sila baca dengan neutral, kita sama-sama Melayu dan rakyat Malaysia jadi relaks)

8 Disember 2018 yang lepas, aku dan team MKR turun bersama-sama dengan ‘bangsa Melayu’ ke Himpunan Aman Bantah ICERD. ‘Bangsa Melayu’ ini majoriti datang dengan satu tujuan dan sebab yang sama iaitu ICERD ini mengancam kedudukan Islam dan Melayu.

Ini bukan apa yang aku assume tapi ini yang aku nampak dan lihat sepanjang aku berada di sana. Memang nampak penuh semangat lah bawak sepanduk dengan tulisan agak tegas seperti “ICERD: mengancam bangsa Melayu dan Islam” “Waytha Moorthy sila letak jawatan”.

Aku ada beberapa persoalan yang memang aku tertanya-tanya bila isu ICERD ini tengah hangat di Malaysia. Adakah bila Malaysia meratifikasi ICERD ini akan jatuhnya agama Islam dan Melayu? Dan kenapa orang Melayu dilihat seolah-olah takut bila hak mereka bakal diragut?

Dan antara persoalan utama yang berlegar dalam kepala otak aku ialah, adakah ini bermakna Malaysia amalkan sikap perkauman? Adakah Malaysia menafikan hak-hak bangsa lain yang wujud di Malaysia? Jangan kecam aku. Ini sekadar persoalan bukan pernyataan.

Ok back to our topic, bila turun je LRT Bandaraya aku nampak ada orang bagi air mineral dekat peserta ICERD. Tapi aku dan team MKR langsung diorang tak bagi atas sebab apa? Sebab aku tak pakai t shirt putih seperti yang dirancang? Atau kerana aku bawak camera? Atau rupa aku takde macam ‘bangsa Melayu’?

Dan something yang menarik attention aku bila ada sekumpulan yang semangat “Tolak ICERD, terima ganja” wow memang lari dari konteks asal perhimpunan ini. Hahaha. Ok tak kesah kita negara demokrasi. Ada juga peserta yang aku sempat interview aku tanya soalan mudah “Apa yang anda faham mengenai ICERD?’ dan korang tahu apa jawapannya? “Oh sekejap ye saya buat research takut salah cakap.” *speechless kejap*

Apa motif ‘korang’ join perhimpunan ini? Sebab ramai ‘bangsa Melayu’ yang sertai sebab nak pertahankan agama Islam dan Melayu. Tapi tidak faham konteks ICERD itu sepenuhnya? No, aku just point out the facts dan aku disini bukan nak menyalahkan ‘kesemua bangsa Melayu.’ Aku hanya perlukan pencerahan.

Entahlah, pada pendapat aku bila orang sering deny mereka tidak racist tetapi mereka lebih utamakan kaum. Tak rasa sifat utamakan kaum itu sendiri yang menjadikan kau racist?

Bagi aku lah kan, tiada masalah untuk berhimpun kerana ia adalah kebebasan untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman sebagai lambang solidariti. Dari segi kawalan, penganjur berjaya kawal ‘bangsa Melayu’ dengan baik.

Yang tak boleh brain bila ada yang bawa kanak-kanak yang masih kecik baby tu join perhimpunan ni. Dah tentu-tentu salah dan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012. Bukan apa tempat orang ramai ni ofkos lah berpanas bersesak dan kita risau ada berlakunya rusuhan yang kita tak expect akan berlaku. Betul tak?

*Ini hanya pandangan dari seorang Melayu kepada bangsa Melayu*