Dahlah menumpang dekat negara orang kan tapi bersikap biadab dengan pihak berkuasa. So, korang nak tahu kenapa admin cakap macam ni ? Jom baca lebih lanjut.
Sedang negara kita hadapi wabak Covid 19 ni, warga asing yang ada di Malaysia pun terkesan. Tapi yang admin marah tu, sebabnya mereka ni kurang ajar dengan pihak berkuasa yang bertugas, nak nak dekat area tengah jalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) macam kawasan Selangor Mansion, Malayan Mansion di Jalan Masjid India dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah.
Kalau ikutkan memang ramailah warga asing yang duduk kawasan tu. Lepas tu, mereka rasa tak puas hati and mula protes dengan baling barangan dari tingkat atas bangunan bukan sampah je tapi yang paling teruknya diorang lempar bungkusan plastik berisi air kencing. Jijik betul ! Dikatakan mereka bersikap biadab ni sebab tak puas hati dengan perintah kawalan dan takut ada masalah dapatkan bekalan makanan.
Tapi sebenarnya mereka ni tak payah nak protes bagai pun sebabnya kementerian iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dah kata yang pihak mereka akan berbekalkan makanan tengahari and malam lagi untuk penghuni kawasan tu sepanjang PKPD. Jadinya, takde masalah pun kan nak dapatkan makanan semua. Sebab dah tersedia pun untuk mereka ni. Cubalah bersyukur sikit kan !
Haaaa. So, itulah sebabnya kalau kita tengok dekat kawasan tu, para askar dan pihak berkuasa yang bertugas kat sana kena pakai helmet sebab nak elak daripada terkena benda yang dibaling dari atas.