Baik & Buruk ‘Dark Side Acc’

Kalau cakap je pasal DS Community/DS Acc ni, automatically korang dah fikir yang tidak-tidak kan? No no, ternyata DS jugak mempunyai kebaikan. Eh ada ke? Jom MKR kongsikan:-

THE GOOD of DS –

1. Berfungsi sebagai forum

trump twitter GIF by Doug Chayka

Ada je topik yang dibahas and dibincangkan yang berfaedah and bagi manfaat. Siapa cakap semuanya negatif, ada je komen yang positif uolls. Janganlah jadi netijen sangat.

2. Freedom of expression

Boleh express pendapat dan perasaan dengan bebasnya dan yang paling best boleh confess ikut suka hati tanpa sekatan dan tanpa kecaman. So, bolehlah bahas tentang apa-apa topik sekalipun, ikut munggg lah. Haaa barulah term ‘freedom of speech/speak’ boleh diguna pakai ye dokk?

3. Lebih berfikiran terbuka

6,300 Open Mind Illustrations & Clip Art - iStock

Pelbagai topik boleh didapati dan dibincangkan. Macam isu taboo seperti seksual dan pelbagai jenis ketagihan yang kurang didedahkan. Boleh jadi sex education dan bahan rujukan jugaklah uolls.

THE BAD of DS ACC –

1. Medium pelacuran moden

Lambakan video porn dan bahan lucah yang senang dijumpai dan di access. Jangan terkejut ada golongan muda yang siap jual video seks sendiri dan jual penulisan cerpen lucah demi duit yang lumayan.

2. Perbincangan yang tak senonoh

Seribu satu topik lucah lah yang dorang cakap di DS akaun ni. Sampaikan budak-budak pun kena tempias :/

3. Jual beli & promosikan mainan seks

Cakaplah apa saja- dildo, patung seks semuanya ada. Dah macam pasar ‘sex toys’, siap boleh diskaun pulak. Bad bad bad ..

4. Menawarkan perkhidmatan seks

Akaun Twitter 'Dark Side' tawar video luc*h serendah RM40 Melayu paling  ramai

Lahhh ingatkan kat kedai massage je ada, sekarang lagi advance alam maya pun dah ada. Serendah RM40 siap ada promo lagi tu!

5. Kaunter pertanyaan seks

customer service call center GIF

Soalan yang biasa ditanya macam- ‘bagaimanakah membesarkan alat sulit secara semula jadi’, ‘macam mana nak besarkan pungkoqqq’. Mentang-mentang username anonymous beranilah tanya tanpa halangan kan?

6. LGBT

Malaysian newspaper's 'how to spot gay person' list sparks anger - BBC News

Bersepah geng-geng LGBT yang lantang mempertahankan hak mereka, tak lupa jugak yang mengadu domba tentang hubungan yang tak direstui.

Confused Who Knows GIF by Aardman Animations

Macam tulah uolls, walau tak banyak kebaikan tapi jika dibuat dengan cara yang betul nescaya tetap memberi manfaat. Kalau salah niat juga caranya, maka betullah DS akaun ini hanya menjadi punca keruntuhan akhlak individu. Fikir-fikirkanlah ..