Dokumentari jenayah lagi mengerikan di Netflix, “American Murder: The Family Next Door” menarik perhatian kepada salah satu jenayah tidak berperikemanusiaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menceritakan kisah pembunuhan keluarga Watts pada tahun 2018 di Colorado.
Kebahagiaan seorang isteri sering dipaparkan di setiap posting Facebook Shannan apabila Christopher Watts dilihat sebagai seorang suami dan ayah yang penyayang kepada Bella, 4 tahun dan Cece yang baru berusia 3 tahun.
Namun realiti hubungan tersebut adalah palsu kerana Watts bapa yang tidak setia malah curang kepada Shannan apabila dia menghabiskan masa bersama wanita lain sepanjang ketiadaan isteri dan anak-anaknya.
Pada bulan November 2018, Christopher Watts mengaku bersalah membunuh isterinya yang sedang hamil bersama kedua-dua anak perempuan mereka. Lebih kejam lagi, Watts membuang mayat mereka di ladang minyak tempat dia bekerja.
Seorang lelaki yang seharusnya menjadi pelindung keluarga malah membiarkan dirinya dipimpin oleh nafsu dan mementingkan diri sendiri yang akhirnya menjadikannya penjahat hanya kerana ingin memulakan hidup bersama wanita lain.
Korang wajib tengok American Murder: The Family Next Door dekat Netflix untuk tahu apa nasib Christopher Watts selepas dia mengaku bersalah menjadi pembunuh kejam isteri dan anak-anaknya sendiri.