AMENDE TRADE WAR NI?

Trade War adalah peperangan dari segi ekonomi dan perdagangan. Sebelum peperangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, sebenarnya peperangan perdagangan ini bermula daripada tahun 1652 sehingga 1784 antara Anglo dan Belanda. Sehinggalah pada tahun 2018 Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memperkenalkan Trump Tariffs lalu pada tahun lalu juga Trump menimbulkan kontroversi dimana telefon pintar jenama Huawei yang berasal dari China itu dihalang daripada akses kepada Google.

Setakat daripada kes pertama peperangan perdagangan pada tahun 1652, kini sudah sembilan kes peperangan perdagangan dicatatkan pada tahun 2019. Apabila berlakunya trade war antara US-China, ia mempunyai kaitan dengan Malaysia memandangkan negara Malaysia adalah negara yang mengamalkan ekonomi bersifatkan pintu terbuka. Malaysia mempunyai perdagangan dengan Amerika Syarikat dan juga China. Apabila berlaku peperangan perdagangan antara dua negara besar ini, Malaysia juga akan terkena tempias walaupun sedikit. Berkemungkinan risiko yang paling tinggi adalah barang yang dieksport daripada dua negara besar ini akan mempunyai masalah.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa peperanganperdagangan US-China ini boleh dijadikan peluang keemasan untuk melonjakkan ekonomi Malaysia kerana Malaysia mempunyai peluang untuk menjadi orang tengah kepada negara China kepada Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, untuk Malaysia merebut peluang untuk meningkatkan ekonomi adalah masih satu cabaran yang besar.

Selain daripada itu, ada yang mengatakan peluang keemasan ini perlulah direbut untuk memberi peluang dan sokongan kepada ekonomi negara-negara dan masyarakat Islam. Namun begitu, perihal yang sedemikian bukanlah sesuatu yang mudah. Biarpun benar peluang tersebut adalah satu peluang kepada masyarakat Malaysia membawa masuk lebih banyak pedagang-pedagang dari negara Islam seperti Arab Saudi dan sebagainya.

Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia haruslah pandai memainkan kad untuk membuat percaturan ekonomi agar boleh meletakkan ekonomi Malaysia di masa yang akan dating.