7 Keajaiban Dunia

7 Keajaiban Dunia

Tahu tak korang di dunia ini ada 7 Wonders of The World yang memang amazing, memukauuuuu dan korang patut masuk kan dalam bucket list korang! Kesemua monumen ini memang kekal teguh walaupun dah dibina lebih dari 100 tahun tau. Tak percaya? Biar gambar berbicara :p

Great Wall of China

Lebih kurang 1 juta orang telah terkorban semasa pembinaan Tembok Besar China ini dan mereka ditanam disitu juga. Tembok Besar China ini memegang rekod binaan manusia terpanjang di dunia berukuran 21,000km tau. Hebat kan?

Petra, Jordan

Mana peminat Transformers? Tahu tak korang salah satu scene dalam Transformers 2 dilakukan di Petra ni tau. Terkenal dengan seni bina potongan batu dan juga sistem saluran air yang sangat menakjubkan. Petra juga dikenali sebagai Rose City kerana batunya cantik berwarna pink sewaktu matahari terbenam dan matahari terbit!

 

The Colosseum, Itali

Dulu di Colosseum ini pernah berlaku sebuah protes keras di depan Colosseum iaitu mereka menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia. Kalau waktu malam kan, warna Colosseum bertukar dari putih ke emas sebagai tanda hukuman mati telah dimansuhkan.

 

Chichen Itza, Mexico

Berbentuk piramid dan tujuan utama ia dibina adalah sebagai pusat keagamaan bagi kawasan ini. Mesti korang tertanya apa ada di dalam Chichen Itza ni? Dalam tu sebenarnya ada lagi satu piramid tau, macam tak percaya je kan?

Machu Picchu, Peru

Machu Picchu ini dibangunkan pada tahun 1450 dan apa yang menariknya monumen ini ditinggalkan seratus tahun kemudian ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Kemudian, tapak ini ditemu kembali oleh seorang ahli arkeologi yang bernama Hiram Bingham III pada tahun 1911, old but gold!

Taj Mahal, India

Taj Mahal dibina sebagai monumen peringatan buat isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak ke-14. Untuk membina Taj Mahal ni, sebanyak 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas dan pengukir yang termasyhur di dunia. Bukan itu sahaja 1,000 gajah juga digunakan untuk mengangkut batu batu berat hmmm memang orang kata bukti cinta abadi Shah Jahan kan?

Christ The Redeemer, Brazil

Sewaktu pembinaan Christ The Redeemer ni, pekerja semua tak pakai peralatan keselamatan. Kerja ini adalah kerja yang berisiko tetapi dalam tempoh pembinaan keseluruhan, tiada pekerja terbunuh, memang wow kan?

 

Actually kan 7 Wonders of The World ni ada banyak version tau yang telah dikumpulkan dari zaman dahulu hingga kini. So ini antara yang latest 7 keajaiban dunia yang korang patut pergi sebelum mati tau!

COMMENTS