5 Record Store ‘Keras’ Sekitar Lembah Klang

Kalau korang jenis minat muzik, especially keras dan padat. Korang wajib singgah ke 5 record store yang MKR senaraikan ni. Jangan lupa guna waze kalau nak ke sana ye. Okay, let’s go !

Teenage Head Record di Subang Jaya

Teenage Head Records yang popular dengan siri Korek Fizikal ni banyak menjual muzik fizikal dari dalam dan luar negara. Baik muzik mainstream mahupun underground.

Tandang Store yang beralamat di Kg. Attap

Kalau korang pernah pergi Rumah Api, mesti familiar dengan Tandang Store ni. Dekat sini bermacam muzik punk dan metal yang korang boleh dapat. Selain tu, merchandise lain macam zine, baju dan macam macam lagilah korang boleh beli dekat sana.

Sputnik Rekordz, TTDI

Kalau korang pengumpul tegar piring hitam, Sputnik Rekordz ni lah port sesuai untuk korang selam pelbagai genre muzik yang ada daripada reggae sampailah ke 2 tones ska. Selain tu, kaset kaset local lama pun korang boleh dapat dekat kedai milik Naza The Times ni.

Spyder 45 di Campbell Plaza

Buat peminat tegar muzik metal, korang boleh singgah ke Spyder 45 ni sebab bermacam release band metal dalam dan luar negara yang ada kat sini. So, ayuh metalhead semua dapatkan koleksi metal korang hari ni.

Basement Record di Bukit Bintang

Lastly, buat korang yang minat muzik punk yang gelap lagi keras. Basement Record ni lah tempatnya yang mana rilisan muzik macam crust punk, powerviolence dan juga grindcore dari serata negara korang boleh dapat dekat sini dengan harga yang sangatlah mampu milik.

Menariknya, setiap tahun pada sepanjang bulan april adalah sambutan Record Store Day di serata dunia. So, majulah rilisan muzik kita untuk negara guys. Ayuh !