3 Dekad Baru Selesai!

Selalunya, untuk menyelesaikan kes bunuh ni memanglah akan mengambil masa yang agak lama kan. Yelah kes bunuh, bukannya kes kecil yang boleh settle dalam beberapa bulan. Kalau tersalah tangkap orang tak ke menganiaya orang namanya tu. Tapi ada tiga kes bunuh yang berlaku pada tahun 90-an dan pembunuh bagi kes-kes itu akhirnya berjaya ditangkap pada tahun 2018. Fuh! 3 dekad lamanya penyiasatan tu dijalankan barulah pembunuh berjaya ditangkap.

#1. Pembunuhan Christy Mirack 

Christy Mirack merupakan seorang guru di Rohrerstown Elementary School, Lancaster County, PA. Dia merupakan seorang guru yang disayangi semua muridnya dan semua orang yang mengenali dia memang suka lah dengan attitude dia ni. Christy tinggal di sebuah rumah bandar East Lampeter Township yang mempunyai tiga bilik tidur bersama rakannya.

Kejadian ini berlaku pada 21 Disember 1992 iaitu pada hari isnin. Christy bangun pagi seperti biasa dan bersiap untuk ke tempat kerja beliau. Kawan serumah Christy dah pergi kerja waktu tu, jadi dia berseorangan lah dalam rumah. Waktu Christy nak keluar dari rumah, ada sorang lelaki dekat depan pintu rumah beliau, dan lelaki tu tolak Christy masuk ke dalam rumahnya semula.

Harry Goodman, pengetua sekolah tempat Christy bekerja mula risau bila dia tak datang ke sekolah. Jadi pada pukul 9 pagi Harry Goodman ni pun call lah rumah Christy tetapi sayangnya tidak berjawab. Memandangkan rumah Christy berdekatan dengan sekolah, pengetua sekolah pun decide untuk pergi ke rumah Christy dan bila dia sampai ke rumah Christy dia tengok pintu rumah Christy ni tak berkunci. Lepastu pengetua ni pun tolak je lah pintu rumah Christy dan dia terkejut bila dia nampak Christy dalam keadaan tidak bernyawa. Christy telah dipukul, dicekik dan dalam keadaan bogel dari bahagian pinggang ke bawah.  Pihak polis menjumpai DNA dalam bentuk air mani di atas carpet di rumah Christy, dan air mani itu dijadikan bahan bukti bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam usaha mencari pembunuh Christy, pihak polis menguar-uarkan serba sedikit maklumat tentang suspek pembunuhan tersebut kepada orang ramai. Pihak polis juga telah menyoal siasat lebih daripada 1500 suspek yang berbeza tetapi tidak menemukan apa-apa hasil. Keluarga Christy pulak terus dibelenggu kesedihan, family mana yang tak sedihkan bila ahli keluarga diorang dibunuh dengan kejam macam tu.

Pada tahun 2009, adik lelaki Christy, Vince buat satu facebook page untuk kakaknya dimana dekat page tu orang ramai boleh share memori yang diorang pernah ada dengan Christy dan juga boleh share apa-apa information berkaitan kes pembunuhan Christy.

Selepas bertahun-tahun takde apa-apa petunjuk, Pada tahun 2017 penyiasat kes Christy ni membuat keputusan untuk contact Parabon NanoLabs yang merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam DNA phenotyping di mana ia merupakan satu teknologi yang digunakan untuk menentukan rupa seseorang berdasarkan DNA mereka.  Jadi penyiasat kes Christy pun hantar air mani yang dijumpai atas karpet tu ke Parabon. Bulan November 2017, Parabon telah menghasilkan gambaran muka pembunuh Christy pada tiga peringkat umur berbeza iaitu pada umur 25, 45 dan 55. Penyiasat Lancaster County pun menyebarkan gambar ni dengan harapan ada orang yang boleh kenal pasti pembunuh tersebut.

May 2018, Parabon upload urutan DNA pembunuhh Christy ni dekat pangkalan data GEDmatch, dimana DNA tersebut dibandingkan untuk mencari pewaris kepada pembunuh tersebut. Pengkalan Data GEDmatch ni dibuka kepada orang awam, jadi orang awam boleh secara sukarela menghantar DNA diorang dekat pengkalan data ni.

Pada bulan yang sama, Parabon menjumpai DNA yang match dengan pembunuh Christy dekat pengakalan data GEDmatch ni. Individu yang mempunyai DNA yang sama dengan pembunuh Christy ni berkemungkinan besar merupakan sedara dekat kepada pembunuh Christy.

Penyiasat pun cari samada individu ni mempunyai sedara yang duduk berdekatan dengan rumah Christy waktu pembunuhan itu berlaku. Akhirnya diorang jumpa seorang lelaki yang bernama Raymond Rowe yang berusia 49 tahun yang tinggal berdekatan Christy ketika dia dibunuh dan berusia 24 tahun pada tahun 1992 tersebut.

Rowe merupakan seorang DJ di kelab-kelab malam sekitar Lancaster County. Pihak penyiasat tahu bahawa bukti DNA oleh Parabon sahaja tidak cukup untuk membuktikan bahawa Rowe ni bersalah jadi diorang bertindak menjadi spy pada satu event yang mana Rowe ni jadi DJ. Waktu event ni berlangsung, Rowe ada campak botol air mineral dan chewing gum ke arah crowd. Jadi pihak penyiasat pun ambik kedua-dua benda tu untuk mendapatkan DNA Rowe. Makmal Forensik mengesahkan bahawa DNA air mani yang terdapat pada karpet dan DNA Rowe adalah padan.

26 Jun 2018, pihak polis menahan Raymond Rowe dan dia tidak boleh diikat jamin. Dia mengaku bersalah dan dihukum penjara seumur hidup. Fuhhh 26 tahun penyiasatan baru jumpa pembunuh sebenar.

Click next page untuk tahu kes kedua!

PAGES

1 2 3