2 Day 1 Night di Port Dickson

 

Karnival PH

Korang tahu tak masa team MKR pergi PD,malamnya tu ada karnival PH tau and of course kami join.Huhuhu. Masa kat konsert tu kan, mula kami sampai tu rocker brother Hattan tengah syok nyanyi, ramai weii peminat dia, yang part best bila semua ikut nyanyi bila Hattan suruh nyanyi lagu hits lama dia yang berjudul Gerhana. Fuyoo cayalah semua minat kot dengan suara garau Hattan.

Ada jugak Wani Hasrita, M.Nasir dengan lagu legend Mentera Semerah Padi,semua dari budak hingusan sampaillah ke orang tua pakcik makcik ikut nyanyi wei.Hahaha. Dan part yang paling kelakar dan erm quite interesting la bila persembahan akhir konsert tu adalah kemunculan Abang Awie.

Percaya tak mamat motor dan anak-anak gadis yang syok tengah pilih baju mane nak beli kat booth belakang dengan pakwe diorang, terus tinggal semua dan melulu ke tengah tapak event sebab nak sangat tengok Abang Awie yang sado dengan lagunya Terima Kasih Sayang. Perghhh antara lagu yang team MKR pun layan habis.

Pantai View

Pagi ahad team MKR ada pergi cuci mata tengok pantai kat PD ni. Apa yang kami nampakla, memang ramai orang kat Malaysia ni suka bersantai dan ada jugak yang bercamping tak kisahlaa family ke, dengan kawan-kawan ke and tak lupa jugak pasangan kekasih memadu  asmara.

Korang ada masa nanti mehla  jalan-jalan makan angin kat PD kalau nak feeling-feeling or lepaskan stress study or kerja tu. Lupakan kejap mende alah semua tu dan enjoy your day at beach k!

Cuaca di PD

Haa ni team MKR nak korang tahu laa biasa memang cuaca di PD agak cerah and mesti kat area pantai mostly memang panas giler, terase bahang weii, so preparela topi ke payung kalau pergi pantai k.

Cuaca kat Kg Nelayan pada petang sabtu tu agak mendung tapi nasibla tak hujan. Suasana kira macam angin sempoi-sempoi bahasa je dan memang menenangkan. Itu la kelebihan berada di kampung tepi pantai kan.

Makanan di Kg. Pantai Nelayan dan kedai makan di PD

Ni masa team MKR pergi ke Kampung Pantai Nelayan . Yang bagusnya penduduk di sini memang awesome laa sebab sediakn banyak kuih-muih dan memang cukup untuk orang ramai yang datang masa tu.  Bagusnya lagi mereka as the people at there, memang baik dan mesra semasa menyambut kedatangan orang luar macam kami.

Malam kat sana sebelum pergi enjoy konsert Picnic@PD, kiteorang menjamu selera di kedai ala-ala Thai. So semua orang tahu kot memang sedapp sangat masakan orang Thai ne kan, memang kena and rasa sup diorang lain dari yang lain, haa macam ada magic touch gitu dalam masakan diorang. Dan sapa tak tahu King Chau Kuey Teow dan jugak PD Cendol Coconut Shake yang amat terkenal  Korang wajib rasa bila pergi PD sambal menikmati keindahan pantai.

Ini adalah sedikit sebanyak tentang Pork Dickson.  Korang kalau nak release tension hadap kerja yang tak pernah sudah tu, boleh laa escape kejap and take a day trip ke PD. Semoga weekend korang lebih ceria dan santai k!

#PDtimeescape

#2day1nightatPD

 

Newer Post