Program ini berlangsung dengan penuh vibe positif di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) KUANTAN, dengan penyertaan pelajar yang sangat aktif dan sporting. Aktiviti yang disusun santai tapi padat info berjaya tarik minat ramai serta beri pengalaman bermakna kepada peserta. Program ini ditaja oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan direalisasikan bersama rakan kolaborasi daripada MPP KPTM KUANTAN. Turut memeriahkan acara ialah pameran seni BERSAMA 2050 yang menambah elemen kreatif dan interaktif di kampus. Selaras dengan semangat Visit Malaysia 2026, program ini diharap terus jadi pencetus inspirasi kepada komuniti universiti.












Gambar-gambar suasana semasa acara berlangsung, yang disambut oleh pelajar-pelajar kptm kuantan






Gambar dapat menarik minat kalangan pelajar untuk datang ke tapak pameran BERSAMA 2050.

