Pembekal teknologi dan perkhidmatan global terkemuka Jerman, Bosch, baru-baru ini meraikan 100 tahun bersejarah mereka beroperasi di Malaysia.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Bosch, video iklan ini dapat membantu anda refresh memori anda:
Syarikat Bosch ditubuhkan oleh Robert Bosch pada tahun 1886 dengan tujuan utamanya “Bengkel untuk Mekanik Ketepatan dan Kejuruteraan Elektrik” (Workshop for Precision Mechanics and Electrical Engineering). Pada tahun 1923, Bosch ditubuhkan di Malaysia dan diwakili oleh Robert Bosch Sdn Bhd, dengan membina pejabat-pejabat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.
Bosch adalah antara syarikat luar negara yang terkemuka dan paling lama beroperasi di tanah air kita. Syarikat ini aktif dalam bidang Solusi Mobiliti, Teknologi Perindustrian, Barangan Pengguna, dan Tenaga dan Teknologi Bangunan.
Untuk tahun 2022, Bosch membuat jualan sebanyak RM 727 juta. Bosch Malaysia terdapat di tujuh lokasi, mempunyai empat kilang pembuatan dan tiga pusat penyelidikan dan pembangunan, dengan hampir 4200 tenaga kerja, di seluruh Selangor dan Pulau Pinang.
Selain daripada Malaysia, negara seperti Singapura dan Thailand juga menyambut ulang tahun ke-100 Bosch juga.
Untuk menyambut ulang tahun ke-100 di Malaysia, syarikat itu mengadakan konsert bertemakan “Bosch of Ages”, dengan mengetengahkan transformasi Bosch dari dulu hingga sekarang. Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Klaus Landhaeusser berkata konsert itu menunjukkan komitmen Bosch dalam industri teknologi dan juga dunia muzik.
Konsert terbuka itu diadakan di SPICE Arena, Pulau Pinang pada 17 November 2023. Hampir 5000 orang ramai yang menghadiri konsert itu.
Konsert ulang tahun itu melibatkan barisan artis tempatan seperti Gerard Singh, Shasha Zainal, Cliff Umar dan Jeryl Lee Pei Ling. Masing-masing membawa genre muzik yang berbeza yang mewakili era yang berbeza, dari era 1920-an dengan muzik jazz sehinggalah tahun 1990-an yang menampilkan tema ‘globalisasi”.
Jeryl Lee, artis Malaysia yang pertama menjadi juara dalam rancangan nyanyian realiti di China berbesar hati dapat membuat persembahan pada konsert tersebut, selain dapat menghubungkan penonton dengan jenama melalui muzik.
Jangan lupa juga ikuti kami di media sosial berikut!
Twitter: mykampusradio
Instagram: mykampus_radio
Facebook: mykampusradio
YouTube: MyKampusRadioPodcasts