10 Video Terbaik Sugu Pavithra

Youtuber yang semakin melonjak naik sekarang ni, Sugu Pavithra. Aku salute gila dengan Sugu ni, video dia pun bukan kaleng-kaleng. Semua video dia ada nilai yang baik.

Video dia bukan je tunjukkan cara memasak, tapi unsur-unsur kekeluargaan dan nilai kesopanan pun dia ketengahkan tanpa sedar. Memang awesome!

Aku nak kongsikan 10 video Youtube terbaik dia. Walaupun aku rasa semua video dia best, tapi aku shortlisted untuk korang.

1. Sambal Udang Pedas, Simple & Sedap

Aku suka gila cara Sugu masak, video dia simple je. Rakam pun pakai phone biasa. Tapi value video dia memang awesome. Buat views terliur. Walaupun simple but menarik gila!

2. Masak Kari Ikan With Mak Mertua Tersayang

Family Sugu ni memang support betul dengan apa yang dia buat. Bukan selalu orang nak masak dengan mak mertua, lagi lagi nak buat video dengan mak mertua, memang orang jarang buat.

Sweet je tengok bonding dia dengan mak mertua. Ni boleh jadi contoh untuk orang yang menonton. Terbaik!

3. Suami Masak “Terung Bulat Tumis Belacan”

Kali ni suami dia masak, sweet betul masak sama sama. Dah masak sama sama, makan pun sama sama. Siap dapat pujian daripada isteri lagi sebab masak sedap.

Video dia yang ni antara viewers terbanyak sebab cecah 1.4 juta penonton! Memang best, rugi tak tengok!

4. Jom Masak Kari Kepala Ikan Istimewa

Kalau korang perasan, suami dia memang rajin tolong. Tolong siang ikan, cuci kuali, dan rakam video pun suami dia tolong.

Mungkin itu salah satu yang membuatkan video Sugu Pavithra ni menarik perhatian.

5. Cara Mencuci Kuali & Sinki Sampai Berkilat

Selain video memasak, Sugu kongsikan juga cara dia cuci kuali sampai berkilat. Walaupun dah 7 tahu guna but still nampak baru dan bersih.

Dia memang tak kedekut untuk kongsikan apa yang penonton inginkan. Lepas tengok video ni, no wonder lah kenapa kuali dia macam baru.

6. Pertama Kali Dapat Surat & Minta Maaf

Tajuk video dia kali ni lain macam, buat orang tertarik nak tau.. dapat surat apa? minta maaf kenapa?

Sugu Pavithra happy sebab firts time dapat surat daripada encik Google. Sekali gus benda ni jadi income untuk dia dan family.

Sugu minta maaf juga kepada penonton kalau ada rasa kurang senang dengan content yang dia buat. Tapi pada aku tiada apa yang salah, semuanya terbaik!

7. Masak Sardin & Belajar Cara Membuat Roti Puri Sedap dan Senang

Semua video masakkan dia cara orang India masak. Memang jarang kita tengok benda ni. Dia tunjuk skill orang India masak. Patutlah sedap!! Dia tak kedekut bahan.

Nak masak style India ni bukan senang tau. Sekarang Sugu dah kongsikan kat Youtube, so korang mesti cuba!

8. Interview Bersama Wartawan BERNAMA dan Masak Nasi Briyani Ayam Style Mamak

Sugu masak untuk tetamu, wartawan BERNAMA datang rumah. Seronok pula dapat rasa masakkan dia. Nasi Briyani original by Sugu, perh!!! Aku rasa kalau jadi tetamu dia ni memang licin pinggan.

Dia layan tetamu pun sopan je. Sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu. Kalau orang Melayu, diorang anggap tetamu ni rezeki. Terbaik!

9. Hadiah daripada Perdana Menteri (Resepi Ulunthu Vadai @ Vadai Bentuk Donat

Dapat penghargaan daripada PM tuu! Bukan senang nak dapat kan? Sugu kongsikan apa yang dia dapat dalam video kali ni sebelum dia masak.

Resepi Vadai bentuk donat yang dikongsikan oleh Sugu jadi perhatian ramai. Yelah jarang kita tengok video masakkan India.

10. Kari Ayam Pencen Paling Sedap

1.8 juta viewers, bukan kaleng kaleng. Video ni juga jadi viral sebab ada Youtuber Jepun cuba untuk ikut resepi Sugu. Resepi dia memang dapat pujian.

Pada masa yang sama, video dia juga memperkenalkan budaya India di Malaysia kepada orang luar. Semua video dia akan bersama keluarga, dan bagus juga jadi ikutan untuk rakyat Malaysia.

Content macam ni perlu diperbanyakkan, Tahniah Sugu Pavithra!

COMMENTS