#8. Mayat atas pokok- Orang Asli Bateq Negrito, Pahang
Percaya atau tidak, orang asli bateq meletakkan mayat di atas pokok yang sangat tinggi dan dibiarkan sehingga mayat tersebut mereput dengan sendirinya. Kepercayaan dorang lagi tinggi mayat diletakkan, lagi dekatlah si mati dengan syurga. Selain itu, dorang jugak nak hilangkan bau mayat. Kalau letak tinggi lagi dekatlah dengan cahaya matahari dan proses pereputan mayat lebih cepat. Kepercayaan doranglagi, jika sepanjang proses mayat mereput tu ada binatang buas datang sama ada hinggap atau makan mayat maka sepanjang hidup si mati tu penuh dengan kejahatan.
#9. Mayat dipukul sampai hancur- Suku Haida, Amerika Utara
Bagi suku Haida di Amerika Utara, setiap ketua kampung yang mati harus diuruskan dengan upacara khas. Mayat ketua kampung akan dipukul sehingga hancur kemudian akan diletak ke dalam tiang yang besar. Makhluk yang diukir di totem tersebut dipercaya boleh membawa si mati itu menuju akhirat. Manakala kalau orang biasa yang mati mayat mereka akan dibuang je dalam lubang besar, dibiarkan untuk menjadi santapan binatang buas!
#10. Endokanibalisme- Suku Wari, Brazil
Nama pun kanibal kan? Mestilah manusia makan manusia. Bagi masyarakat Wari, cara terbaik untuk menghormati dorang yang sudah mati adalah dengan memakan bangkai manusia. Tradisi ni dilakukan untuk menciptakan hubungan yang kekal antara yang masih hidup dengan yang sudah meninggal. Kepercayaannya, kalau makan mayat keluarga, sifat dari si mati itu akan meresap dalam diri dorang. Macam ngeri je kan makan mayat keluarga sendiri?
Haaa amacam korang, merinding tak bulu roma korang tu? Macam-macam ritual kematian yang taboo kat dunia ni, sangat mengerikan dan ada yang sampai tak boleh terima akal langsung kan? Ritual-ritual ni ada beberapa darinya masih lagi dilakukan tau! Kita ni pun dengar je pasal kematian pun dah cukup menyeramkan, inikan pulak ada yang simpan mayat, makan mayat, layan mayat dan sanggup ikut mayat! Tapi tulah dia ragam budaya dan tradisi, pelbagai kepercayaan yang ada sebenarnya tanpa kita sedar..