Kematian itu adalah pasti and patutnya upacara kematian dibuat untuk hormat and mengenang si mati. Biasanya, upacara kematian dilakukan dengan pengebumian ataupun dibakar je. Namun ternyata, kat luar sana ada banyak ritual kematian yang pelik dan menyeramkan yang akan membuat bulu roma korang berdiri. Dah ready semuaaaa? MKR kongsikan:-
#1. Simpan mayat- Toraja, Indonesia.
Masyarakat Toraja masih lagi melaksanakan tradisi menyimpan mayat di dalam rumah. Dorang menganggap ahli keluarga dorang yang sudah mati masih hidup. Bukan tu je, dorang layan mayat pulak! Haaa dorang bagi si mati hisap rokok, ajak berbual dan jugak bagi makan 4 kali sehari termasuk dengan pakej minum petang sekali tau! Kita yang hidup ni pun makan tak sampai 4 kali kannn.
Jangka masa mayat disimpan dalam rumah ikutlah sehingga keluarga si mati tu dah cukup duit simpanan atau dah ready nak kebumikan mayat tu, ada mayat yang disimpan sehingga 10 tahun lama. Mesti korang terfikir kan tak busuk ke mayat tu disimpan lama-lama?! Keluarga si mati dah awetkan mayat tu terlebih dahulu sebelum disimpan kat rumah. Kepercayaan mereka kematian bukanlah memutuskan hubungan tetapi hanyalah satu bentuk lain untuk menghubungkan, yang mati tidak pernah pergi. Amacam korang, nak tak simpan mayat dalam rumah?
#2. Burung pemakan mayat- Tibet, China.
Walaupun dikecam teruk pasal ritual ni, tapi masyarakat Tibet masih lagi meneruskan upacara dimana tubuh mayat dibogelkan, dipotong-potong dan dijadikan santapan lazat untuk burung hering si pemakan bangkai. Tradisi ni dikenal jugak dengan nama pengebumian langit yang selalu dilaksanakan di tempat-tempat terbuka di sekitar kawasan puncak gunung. Kepercayaan dorang, lagi tinggi lokasi tempat berlakunya ritual tu lagi hampirlah si mati ke syurga.
#3. Kerat jari tanda berduka- Suku Dani Papua New Guinea.
Bagi kita ritual ni mungkin ekstrem, tapi untuk masyarakat suku Dani- ritual Ike Palek/kerat jari dorang setiap kali ada kematian yang tersayang adalah cara terbaik untuk menunjukkan rasa hati dan jiwa mereka yang menderita teramat sangat kerana kehilangan. Lazimnya, ritual ni dilakukan dalam kalangan wanita je tapi ada jugak lelaki disana yang buat. Macam mana proses kerat jari ni? Apa-apa cara pun boleh asalkan terpotonglah jari tu. Biasanya dorang hanya menggigit jari dorang sehingga putus selain menggunakan kapak/pisau tradisional. Ngeri kannn?
#4. Memakan abu mayat- Suku Yanonami, Venezuela.
Suku ni merupakan suku yang terasing and hidup kat tepi hutan Amazon di Brazil. Dorang melakukan ritual memakan abu mayat dan dibuat sup! Dorang percaya memakan abu mayat dari suku sendiri adalah untuk menyelamatkan jiwa orang-orang yang dorang cintai.