10 Produk yang anda tidak akan beli selepas mengetahui penghasilannya

Let’s face the reality! Kebanyakan daripada kita tidak akan menyoal atau menyedari apa yang sebenarnya terkandung dalam makanan atau produk yang kita gunakan. Sebenarnya, ia adalah sesuatu perkara yang baik , tidak mengetahui apa yang terdapat dalam produk yang kita semua menikmati selama bertahun-tahun. Untuk pengetahuan semua, bila anda adalah salah seorang ahli business syarikat produk yang menghasilkan produk berjuta-juta untuk customers anda, kadang-kadang menambah bahan- bahan pelik atau yang tidak berkonvensional ke dalam produk ciptaan anda tidak lah sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah satu cara efektif untuk cost cutting atau time saving. Kami tidak tahu bagaimana cara untuk memberi kesimpulan tentang topik ini tetapi mari la kita cepat-cepat ke topik yang akan membuat anda ternganga selepas mengetahui cara ianya dihasilkan.

#10  KEMUNGKINAN SEMUA!

Picture

Ya.! Kemungkinannya, semua produk yang anda beli di supermarket mengandungi bahan merbahaya. Bermula daripada semburan racun Pesticides pada buahan dan sayuran, potato chips yang penuh berlemak dan berminyak yang juga boleh meingkatkan risiko penyakit jantung dan kencing manis,  kepada Maggie Mee yang mengandungi jumlah Lead yang terlalu banyak (bahan merbahaya yang menjejaskan otak, buah pinggang dan kesihatan reproduktif, semua produk yang anda dapatkan dipasaran hanya sesuatu yang akan menjejaskan kesihatan.

#09 GULA GULA GETAH 

Picture

So at this point, anda mungkin sedang berfikir “Oh tidak, apa mereka akan katakan tentang gula-gula getah favourite saya”. Okay cool! Jeli getah adalah antara salah satu gula-gula yang popular dikalangan kanak-kanak mahupun dikalangan orang dewasa. Sifat mereka yang kenyal, berwarna-warni, dan seronok dimakan membuatkan jeli babi ini salah satu gula-gula unik pada zaman kanak-kanak kita. Ops. Tak apa. Ia nya tidak boleh dinafikan. Secara asalnya, gula-gula getah manis ini berasal daripada Jerman semenjak tahun 90an di mana kemudian syarikat lain diseluruh dunia mengambil alih mengeluarkan gula-gula getah tersebut dalam pelbagai rasa dan bentuk tersendiri. Walaubagaimanapun, ramuan utama gula-gula getah adalah dihasilkan daripada gelatin babi. Yup, benar. Gelatin yang dikeluarkan oleh pengilang gula-gula getah adalah kebanyakan nya daripada kolagen yang berasal daripada kulit, tulang dan tisu yang terdapat pada haiwan. Jadi, ia bergantung kepada anda semua jika anda masih mahu menikmati gula gula zaman kegemaran kanak-kanak anda.

#08  DAGING KISAR 

Picture

Daging kisar hampir digunakan dalam setiap hidangan hamburger patties hingga ke taco. Kebanyakan daripada kita tidak boleh hidup tanpa daging lembu yang enak ini. Anda tidak dapat membuat recepi homemade hamburger yang sedap dan dipuji ramai jika anda skip daging lembu kisar ni. Untuk pemakan daging, recepi tanpa daging kisar sememangnya incomplete. Tetapi, adakah anda sedar pengilang daging lembu kisar ini menambah sedikit sesuatu yang istimewa kedalam produk mereka sebelum menghantarnya kepada pengguna? Tidak. You see, semasa menghasilkan daging lembu kisar, terdapat banyak daging lembu diantara sisa lemak yang selalunya terlepas daripada potongan. Jadi untuk mendapatkannya, pengilang makanan mencairkan lemak tersebut dan mengalirkannya melalui mesin chntrifuge. Lendir merah jambu yang dihasilkan akan dirawat dengan ammonia dan kemudian ditambah pada daging lembu hingga daging lembu menjadi sedikit. ouch .. Malam ni nak makan apa?


#07 MAC & CHEESE

Picture

Suka tak ? Macroni & Chesee adalah makanan western yang dikenalkan oleh Thomas Jefferson di England pada tahun 1973. Ia adalah antara makanan yang sangat mudah disediakan dan sifatnya yang berkrim, cheesy dan sangat lazat menjadikannya juga antara salah satu makanan kegemaran orang Malaysia kini. Namun, produk ini yang terkenal dengan syarikat pengeluar bernama Kraft, menghadapi kritikan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun disebabkan oleh pewarna makanan yang digunakan. Antara ramuan yang digunakan adalah Tartrazine and Sunset Yellow. Anda mungkin lebih kenali pewarna makanan ini dengan nama Yellow 5 and Yellow 6. Ia sebenarnya berasal dari tar arang batu dan juga petroleum yang tidak seenak rupa. Beberapa negara diseluruh dunia telah pun mengharamkan penggunaaannya dalam makanan.Beberapa kajian penyelidikan mendapati bahawa penggunaaan pewarna makanan Yellow 5 dan Yellow 6 akan mendatangkan side effect yang teramat teruk terhadap penggunanya.

#06 ENERGY DRINK 

Picture

Minuman Energy Kafein atau nama popularnya “Energy Drink”, terdapat banyak kontroversi mengenai energy drink ekoran kematian dan overdose yang berkaitan dengan minuman bertenaga karbonat yang mengandungi kandungan kafeine yang teramat banyak. Setiap minuman bertenaga mempunyai perangsang yang mengandungi 240 mg kafein, 2,000 mg taurin dan ekstrak biji guarana, akar ginseng dan susu thistle. Di Amerika Syarikat, banyak pengilang Energy Drink secara sukarela melabelkan  minuman mereka dengan kandungan kafein dan penyataan penasihat mengatakan produk mereka tidak disyorkan untuk kanak-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu  atau orang yang sensitif terhadap kafein. Bayangkan lah sediri mengapa pengilang produk mereka sendiri mengeluarkan label sebegitu. So, sekarang anda boleh faham mengapa Ibu bapa kita melarang kita minum Coca Cola atau minuman berkarbonat semasa kita budak-budak lagi. Sememangnya, produk mereka merbahaya untuk kesihatan. ​

#05 ROTI PROSES

Picture

Kita semua sedar bahawa apa-apa bahan yang dilabel sebagai “diproses” adalah sangat bahaya untuk kesihatan. Itu lah sebabnya kamu dinasihati mendapatkan barangan semulajadi dan organik di pasaran. Kadang-kadang kita tidak dapat mengelakan diri daripada membeli barangan diproses kerana ia nya mudah dimakan atau disediakan tetapi bahaya makanan diproses adalah satu yang anda tidak kenali. Jom kenali sedikit daripada nya. Kalau anda melihat bahan ramuan yang terdapat dibungkusuan roti, anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda memerlukan pengetahuan dalam bidang kimia untuk mengetahui apa maksud kesemua kandungan dalam roti proses. Kebanyakan roti mengandungi gula atau sirap jagung fruktosa tinngi . Gula, bijian dan bahahan ini akan menyebabkan pankreas anda kembang dan bahan kimia yang dikandungi dalam pengawet boleh tinggal dalam perut kamu selama bertahun-tahun, meyebabkan pelbagai penyakit bakal muncul.

#04 KEREPEK KENTANG 

Picture

Ketika menyaksikan perlawanaan bola sepak atau semasa melayan cerita seram pada waktu malam, kerepek berwarna keemasan ini lah satu-satunya yang membuatkan kita terjaga daripada tertidur atau merasa bosan. Di Malaysia, kerepek kentang adalah salah satu junk food yang sangat popular dan tersedia ada dirumah pada bila-bila masa. Selain daripada kesedaran kita yang kerepek kentang adalah makanan tak sihat kerana ia nya berminyak,berkarbohidrat tinngi dan berlemak, mari kita mengenali fakta hebat selain daripada apa yang  ibu bapa kita biasa menasihati kita. Kebanyakkan jenama kerepek kentang mengandungi bahan berbahaya dikenali sebagai Natrium Bisulfite. Ia adalah sebatian yang dijumpai dalam produk anti-kulat dan pembersih muka. Ternyata bahawa bahan kimia ini cukup baik untuk mencegah pertumbuhan bakteria dan mempunyai manfaat tambahan untuk mengelakan kentang tersebut dari discoloring. Nak beli lagi tak ?  haa ;D

#03 PEWARNA MAKANAN 

Picture

Ada sesiapa berminat dengan Air Sirap tak? Mana yang tidak suka dengan air yang sangat sedap , manis dan sesuai dengan cuaca kita ni. Pada setiap Ramadan, air sirap la yang paling laris diseluruh Malaysia. Mungkin sebab, minuman ini ada kelebihan untuk memuaskan dahaga kita semasa di bulan puasa. Namun, tahukah anda, minuman yang sedap ini kemungkinan antara satu minuman yang anda akan benci di kemudian hari. Secara umumnya, pewarna makanan boleh dihasilkan samaada dengan buatan manusia atau semulajadi. Beberapa tahun yang lalu, ada beberapa  kes mengenai hyperaktif dan alahan daripada makan makanan yang mengandungi pewarna merah yang membabitkan kanak-kanak. Pengeluar produk pewarna makanan menafikan bahan yang disyaki digunakan dan telah melabelkan kesemua produk mereka sebagai ‘bahan semulajadi’. Tunggu dulu. Sebelum anda merasa lega berfikirkan tentang cara pewarna merah ini dihasilkan, sama ada dengan tumbuhan atau kacang, fikir dulu. Malangnya,dalam kes pewarna makanan merah, salah satu daripada sumber pewarna merah yang popular sebenarnya adalah pepijat. Pernah lihat ”natural red 4′ atau ekstrak koklein dalam senarai ramuan? Ahhh betul! Yang tu la ekstrak pewarna dari pepijat Cochineal. Pergi Google tengok apa yang selama ni anda bawa masuk ke dalam perut.  It’s okay, thank me later!


#02 KOPI LUWAK

Picture

Pernah dengar tak tentang kopi luwak ni ? Kopi luwak adalah kopi paling mahal di dunia. Faktor utama kepada harga yang tinggi adalah cara yang jarang sekali untuk menghasilkan kopi seperti itu. Ia dihasilkan dari biji kopi yang telah dihadam oleh haiwan seperti kucing atau musang yang dikenali sebagai Indonesian Civet. Inilah sebabnya kopi luwak ini dipanggil kopi taik kucing atau kopi kucing. Najis kucing ini akan dikumpulkan, siap dan dijual sebagai kopi luwak. Jadi lepas ni berhati-hati semasa membeli cofee. Pastikan ia tidak dihasilkan dari najis mana-mana haiwan. haha

#01 HOT DOG

KEJAHILAN ADALAH KEBAHAGIAAN! Itu lah yang sedang diamalkan oleh berjuta-juta orang Malaysia yang tidak akan berpisah daripada Hot Dog walaupun cukup mengenali akibatnya. Myself included. So, kita semua tahu bahawa kawan kita yang tinggi tinggi , kurus-kurus yang berwarna coklat ini sedap dan tidak sihat untuk kita. Mereka dihasilkan dengan begitu banyak bahan pengawet dan bahan kimia yang tidak sepatutunya dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Namun, tiada barbeque atau breakfast meal yang memuaskan tanpa HotDog. Jangan risau,kamu diberikan peluang untuk mengubah pendapat anda mengenai hotdog. Ia tidak lengkap tanpa usus  pelbagai haiwan. Ya, benda berkilat ini tidak akan dihasilkan tanpa bahagian badan haiwan dari bibir ke pangkal. Ramai juga yang tidak sedar bahawa Frankfurther yang sangat sedap ni adalah sebenarnya diperbuat daripada pig snout iaitu dari hidung ke pangkal khinzir. Jangan harap anda boleh melepaskan diri dari hidung merah jambu itu dengan menukar flavor ke ALL-BEEF sausage. Semua nya dihasilkan dengan cara yang sama. Yum!
Okay sekarang kamu dah tahu bahaya makanan diawet dan juga bahan bahaya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Lepas ni, sila berhati-hati dan mengenali apa yang sebenarnya terkandung dalam setiap produk kegemaran kamu. Ingat, peratusan kanser adalah sangat tinggi di negara kita dan saya berharap kamu faham apa punca kita menhidapi kesemua penyakit seperti ini.

COMMENTS