10 Individu Terkenal Dunia dengan Keupayaan ‘Ambidextrous’

Hanya 1% dari seluruh populasi di dunia yag miliki upaya ‘rare’ ni. Walaupun terdapat penyelidikan bahawa golongan ambidextrous ni berisiko alami gangguan perkembangan, namun terdapat ramai tokoh terkenal yang terdiri daripada ambidextrous person. Tentu korang tak sangka kan dengan list dari team MKR ni.

Jom kami listkan 10 individu terkenal dunia yang ada upaya pelik ‘Ambidextrous’ ni.

#1. Sachin Tendulkar

Sachin Ramesh Tendulkar adalah bekas pemain kriket dan kapten pasukan India. Pemegang rekod penampilan Piala Dunia sebanyak 6  kali(1992 hingga 2011) ini ada gejala Ambidextrious yang boleh membuat satu tangkapan tangan atau melemparkan dengan tangan yang sama iaitu tangan kanan tetapi menggunakan tangan kirinya untuk menulis. Hebat bukan?

#2. Adam Levine

Adam Noah Levine, dirinya adalah seorang penyanyi dan penulis lagu yang menjadi vokalis band Maroon 5. Seorang yang sangat kacak dan menjadi pujaan hati kepada Behati Prinsloo, model terkenal Victoria’s Secret. Percaya atau tidak, si tampan ni tak terkecuali mempunyai kemampuan Ambidextrious ni dimana beliau boleh menulis dan melakukan kerja dengan kedua-dua tangannya. Uuuu terpikat betul laa dengan dia ni!

#3. Maria Sharapova

Cantik, seksi, dan jugak olahraga khususnya tenis, inilah dia Maria Sharapova. Pemain tenis berasal Rusia yang pernah digosipkan menjalin hubungan mesra dengan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo ini pernah menduduki peringkat 1 WTA. Ketika perlawanan, seringkali Sharapova menandatangani sain nya dengan tangan kanan ataupun tangan kiri. Seorang yang kidal ni berjaya menggunakan kedua-dua tangannya setelah ‘didera’ oleh jurulatihnya. Power dia ni!

#4. Leanardo Da Vinci

Leonardo da Vinci adalah pelukis yang menciptakan lukisan Mona Lisa. Lukisan Mona Lisa dibuat oleh Leonardo da Vinci menggunakan minyak pada abad ke-16. Lukisan tersebut kini disimpan di Museum Louvre, Paris. Dengan kehebatan yang ada padanya iaitu Ambidextrious, beliau boleh melukis menggunakan dua tangan ajaibnya itu.

#5. Nikola Tesla

Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Jangan tergamam pulak kalau beliau jugak adalah individu yang hidapi Ambidextrious ni. Tetapi, beliau lebih selesa dan cekap membuat kerja dengan tangan kiri berbanding dengan tangan kanannya namun dua-dua tangan berguna kan untuknya. Tokoh elektrik ni!

 

PAGES

1 2