Throwback Gaya Fesyen Kristmas Dari “Vintage Icon”

Gaun berkilauan adalah salah satu pakaian yang sering dilhat dan dipakai ketika menyambut krismas. Walaupun tahun ini kelihatan berbeza, perayaan akan tetap disambut secara serdahana. Jom throwback sikit bintang-bintang Hollywood dengan gaya fesyen tersendiri ketika menyambut krismas pada tahun 1930 -1970.

Ginger Rogers, 1932

Ginger Rogers ketika berbual dengan pelakon Frankenstein Boris Karloff kelihatan bergaya dengan gaun satin licin bersama manik pada gaunnya di pesta Krismas di Los Angeles.

Carmen Miranda, 1944

Semasa merakam rancangan radio CBS Christmas, Carmen Miranda memakai printed shawl di kepalanya serta high waisted pants.

Audrey Hepburn, 1950

Audrey Hepburn kelihatan bergaya di Switzerland pada musim cuti tahun 1950. Pelakon itu mengenakan gaun “tweed coat” kelabu dengan beg tangan hitam yang sederhana ketika bergambar di bawah pokok Krismas.

Jayne Mansfield, 1957

Jayne Mansfield menggayakan “Tantan Jumpers” dan gaun kemeja berkolar tinggi bersama anak perempuannya, Jayne Marie di perayaan Christmas Hollywood.

Clifton Davis, 1972

Penyanyi Clifton Davis memakai kemeja berkolar cerah dan “sweater vest” ketika menghiasi pokok Krismas bersama rakannya yang hanya mengenakan sweater biasa pada tahun 1972.