Rasa macam dah lama tak update story dekat bahagian Event ni kan? Jadi, hari ini kami akan menceritakan serba sedikit input yang kami peroleh ketika kami menyertai Sidang Media (Press Conference) pada Isnin lepas, 12 April 2021. Sebenarnya, sidang media yang kami sertai adalah sidang media yang dianjurkan oleh pihak KUASA dimana tujuannya adalah untuk mengadakan pelancaran laman web pemantau pertandingan-pertandingan utama PRU15. KUASA atau dikenali sebagai Persatuan Kebangkitan Usaha Angkat Suara Awam ialah sebuah persatuan yang bertaraf kebangsaan yang mendidik rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara pengendalian kerajaan dengan tujuan memastikan ‘check and balance’ di laksanakan untuk memelihara kepentingan semua rakyat Malaysia tidak kira parti politik yang memerintah kerajaan. Kerja-kerja bertumpu terhadap penglibatan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dalam isu-isu di hadapi rakyat Malaysia, dan pendidikan kepada masyarakat mengenai implikasi cadangan yang di buat oleh kerajaan.
Sidang media yang diadakan adalah menerusi bersemuka dan secara dalam talian. Terdapat beberapa pihak media yang telah hadir antaranya adalah daripada Malay Mail dan pihak media yang lain nya mnyertai melalui dalam talian antaranya daripada Awani. Fokus utama sidang media yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Laman Web Pemantau Pertandingan-Pertandingan Utama. Okay kami faham, mesti ada sesetengah dari korang yang tak faham kan apa yang dimaksudkan? Baik, biar kami jelaskan dengan lebih mudah. Sebenarnya ia bermaksud untuk mengemaskini informasi dan maklumat yang dibincangkan oleh parti-parti politik di negara ini. Memandangkan kita sudah hampir pada tarikh Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) mungkin ramai rakyat Malaysia tidak tahu banyak mengenai pemimpin atau calon untuk kawasan pilihan raya mereka sehingga selepas hari penamaan calon. Secara ringkasnya, mereka hanya kenal calon dan pemimpin mereka dalam masa yang singkat dan tidak dapat mengetahui dengan secara keseluruhan.
Jadi, jika kita sebagai rakyat Malaysia mendapat maklumat yang terhad mengenai calon dan kerusi dalam parti, ianya mungkin menyukarkan kita untuk mengundi dan membuat keputusan yang tepat dalam memilih calon yang layak. Kita mesti nak tahu dengan lebih terperinci mengenai calon-calon yang bakal dipilih, betul tak? Jadi pelancaran Laman Web KUASA ini akan menjejak 20 pertandingan untuk kerusi parlimen dan info-info yang akan dikeluarkan di laman web tersebut antaranya mengenai info tentang kerusi, info tentang PRU sebelumnya, info tentang calon-calon yang ada peluang dipilih mahupun yang telah ditentukan berdasarkan berita dan maklumat dari sumber parti dan info tentang isu-isu tempatan khusus untuk kerusi-kerusi. Segala maklumat yang berada di laman web tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Ini adalah antara moment yang telah diambil selepas sidang media.