Selain Gunung Fuji, hutan bunuh diri Aokigahara ni jugak popular dalam kalangan masyarakat Jepun. Kebiasaannya mereka yang datang ke sini ada dua sebab je iaitu nak menamatkan riwayat hidup ataupun nak feeling-feeling dengan keadaan dalam hutan tu macam mana, nak explore lah kata orang. Meh MKR sharekan antara fakta pelik tapi benar yang mungkin korang pun takkan percaya:-
- Ada pekerja hutan berfungsi untuk keluarkan mayat – Sebabkan terlalu ramai sangat yang bunuh diri, so ada persatuan yang ditugaskan khas untuk mengangkut mayat keluar dari hutan. Yang paling seramnya para staff ni kena main jan-ken-po (batu, gunting, kertas) macam ‘osom’ lah untuk menentukan siapa yang kena tidur dengan mayat yang baru dorang jumpa tu. Kenapa? Ini adalah part of adat atau ritual supaya roh si mati tu tak rasa bersendirian.
- Penuh dengan pita/tali – Banyak pita atau tali yang diikat pada setiap pokok. Fungsinya, sebagai petunjuk arah balik and tak sesat untuk mereka yang tak jadi nak bunuh diri. Haaa dah fikir masak-masak pastu macam ehh tak jadilah nak bunuh diri, so dorang ni gunakan tali tulah untuk keluar. Sebabnya hutan ni terlalu besar and sarat dengan pokok serta akar yang berselirat.
- Open to public yang nak camping/tour/hiking – Walaupun seram and penuh dengan mayat tapiii Aokigahara menjadi tempat pilihan untuk camping, hiking dan tour. Ada pengunjung luar yang sanggup bermalam dalam hutan ni untuk merasai sendiri suasana. Kalau korang nak tahu, hutan ni tersangatlah sunyi and takda haiwan buas langsung!
- Banyak signboard ‘Jangan Bunuh Diri’ – Memanglah hutan ni untuk bunuh diri tapi tak digalakkan lah. So, banyak signboard berserta kata-kata motivasi sebagai last remind untuk mereka yang berniat. Mana tahu lepas baca terus berubah fikiran dan niat. Bukan tu je guys, ada jugak signboard yang disertakan sekali dengan solution, ada nombor organisasi yang boleh tolong untuk mengatasi masalah mental health.
- Dipopularkan oleh buku – Seicho Matsumoto penulis novel Kuroi Kaiju. Kisah tragis lover couple yang cinta mati memilih untuk bunuh diri bersama kat hutan tu. Kemudian, penulis Wataru Tsurumui pulak come out dengan buku kontroversi. Dia menyifatkan Aokigahara tempat yang paling tepat dan terbaik untuk mengakhiri hidup. Sampaikan mayat-mayat kat hutan tu pun bawak buku-buku ni sampai akhir hayat mereka. Macam jadi pemangkinlah untuk commit suicide. Since buku-buku ni publish, ramailah orang datang untuk bunuh diri.
- Alasan common – Jepun kan terkenal dengan workload sampai staff semua depress. Tak hairanlah, kebanyakkan yang bunuh diri beralasankan beban kerja yang terpaksa ditanggung dan masalah lain yang mostly berkait dengan kerja dan pejabat. Selain tu, masalah hutang, jobless, dibuang keluarga dan putus cinta.
- Pelbagai cara tamatkan riwayat – Bukan sahaja dengan menggantung diri tapi pengambilan racun dan overdose ubat-ubatan antara cara yang banyak diguna pakai. Mungkin dorang nak mati perlahan-lahan kot ataupun gantung diri tu extreme sangat.
- Banyak jasad yang tak ditemui – Tak semua korban bunuh diri boleh dijumpai. Mustahil sangatlah sebab hutan ni terlampau padat, besar and banyak spot yang tersorok. Mungkin dah tinggal tulang baru jumpa, kalau tak jumpa maka bersemadilah dalam hutan tu ..
‘Seas of Trees’ yang penuh dengan misteri. Terasa sayu dan kelam je hati ni kan? Full of emotions. Setiap yang berlaku mesti bersebab dan mempunyai cerita yang sendiri. Mungkin, satu-satunya cara untuk lepaskan diri dari beban dunia ini hanyalah dengan pergi selamanya ..