Pelawak ‘Versatile’- Douglas Lim

Douglas Lim juga diiktiraf sebagai pelawak ‘stand-up comedy’ yang terkenal di dalam dan luar negara serta mendapat gelaran ‘Raja Komedi Malaysia’ selepas menyertai gala Melbourne International Comedy Fest pada 2019. Selain itu, beliau juga diberi jolokan sebagai ‘King of parody’ oleh Malaysia Book of Records di mana beliau selau membuat parody kepada video-video yang viral di media sosial.

Beliau seorang comedian yang humble dan tidak suka menunjuk kemewahan di media sosial serta peribadi ‘Douglas Lim’ patut dicontohi pelawak baru kini. Selain menjadi comedian dan actor, Douglas Lim juga berbakat dalam menjadi emcee dan host dengan lontaran kata-kata yang berunsurkan komedi dan menjadikan audiens tak kering gusi.

Douglas Lim juga merupakan freelancer sebagai comedy consultant, script writer, content creator dan composer. Seorang comedian yang sangat talented dan kreatif dalam industri seni tanah air serta tak henti-henti hiburkan masyarakat Malaysia serta aura lawaknya sangat luar biasa dan beliau juga sering dijadikan sebagai mentor atau idola kepada pendatang baru tanah air khususnya dalam dunia ‘stand up comedy‘.

Terbaru, Douglas Lim telah diumumkan sebagai penyampai radio. Ujarnya, Ini merupakan pengalaman pertama beliau dalam bidang penyiaran radio sekaligus menjadikan pekerjaan ini sebagai full time job beliau yang pertama. Dengan kemunculan douglas di corong radio akan menjadikan hari-hari pendengar bersinar dengan jenaka beliau.

PAGES

1 2