Trend rakam sambil makan ni dah berleluasa kat seluruh dunia. Benda ni jadi viral kat Korea sejak 2015, dan sekarang jadi trend untuk kaki makan.
Mukbang (먹방) adalah singkatan dari Meogneun (먹는) Bangsong (방송), bermaksud siaran makan. Tapi cara diorang makan tu lain macam. Diorang punya portion makanan tu macam nak buat kenduri.
Ada juga orang rasa mukbang macam salah satu benda atau aktiviti pelik dan trending kat YouTube. Tapi ada juga peminat mukbang yang merasakan benda tu satu kepuasan.
Tapi mostly youtubers diorang banyak share pasal makanan paling sedap atau tempat makan paling best. Ada juga yang diorang masak then makan masakan diorang tu. Macam Dorothy dan Hamzy
Subscribers diorang pun dah mencecah million. Buat video makan je tau, itu pun still ada orang nak tengok. Masyuk betul!
Peminat mukbang ni sanggup hadap berjam2 untuk tengok orang lain makan. Sesetengah orang rasa benda tu pembangkit selera, hmmm ni kalau tengok time bulan puasa mesti terliur.
Mukbang ni memang jadi hiburan untuk remaja sekarang. Sebab makan ni bukan je satu keperluan malah dah jadi hobi untuk orang zaman sekarang. Lagi2 dengan rakam diri tengah makan pun boleh buat duit.
Mukbang ni definitely an interesting and yummy career! For kaki makan jangan mengaku Food Lovers kalau korang tak tengok mukbang!