Dah boleh tolak tepi dulu KFC or MCD korang jauh jauh. Tahu tak korang sebenarnya banyak gileeeer makanan yang rare lagi unik yang korang patut, wajib, harus cuba sebelum mati. Kalau betul korang ni real rakyat Malaysia kan, pastikan korang cuba dulu 8 makanan etnik yang ada dekat Malaysia, barulah Malaysia boleh!
Hinava
Ikan segar + buah bambangan + cili + halia + bawang merah dan limau adalah bahan utama untuk membuat Hinava. Ini antara makanan popular kaum Kadazan-Dusun and korang yang tak suka makan ikan tu boleh tukar dengan sotong atau udang jugak. Peeeehhhh kecur air liur sis ni makan pulak dengan nasi panas-panas pastu letak kicap and rasa hinava ni masam masam sikit wooowwww barulah padu bak hangggg!
Kerabu Bronok
Sejenis haiwan laut yang terdapat di Langkawi, rupa dia ada macam gamat sikit yang lembik lembik tu. Bronok ni sedap di makan masak kerabu bronok. Rupanya kenyal dan kalau korang pegang memang licin macam pegang sotong. Kalau korang ke Langkawi tu dah shopping coklat jangan lepaskan peluang untuk rasa bronok ni ok?
Sup Torpedo
Yaaaa ini dia hidangan wajib mamak di Penang yang menggunakan batang pelir lembu jantan. Sup torpedo ini djual antara RM5 hingga RM10 ikut saiz. Alaaaa rasa dia macam sup daging lembu yang biasa tu je, tapi tulah ada juga orang cakap makan sup torpedo ni mampu meningkatkan kesihatan ‘lelaki’ agar lebih bertahan lama. Tapi macam mana pulak kalau perempuan yang makan ye? *fikir jap*
Ulat Mulong/Ulat Sagu
Jeng ke jenggg jenggg mempersembahkan makanan dari Sarawak….. Ulat Sagu gais ye ulat!! Di Sarawak, ulat ini digoreng, dibuat sup atau dijadikan sate dan ada juga yang makan mentah mentah ye. Tetapi itulah, Jabatan Mufti Negeri Sarawak telah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam makan Ulat Sagu ni. Mungkin bagi orang Semenanjung, makan ulat sagu ni pelik dan geli, tapi jangan sampai menghina makanan etnik kaum lain ok gais, kita kan satu Malaysia 🙂
Belalang Goreng Beras
Alamak belalang goreng pulak? Hahahah bertenang gais ni makanan biasa di Bachok, Kelantan tau. Krup krap krup krap rasanya bila korang makan belalang goreng ni rasa dia crunchy gitu. Dan ada juga yang tambah daun kari bagi tambah rasa pedap rangup, baru syok kan? Ni baru sikit gais, kalau korang pergi Thailand kat tepi jalan tu je ok bersepah tau bukan setakat belalang je ada berudu, lipas, kala jengking dan juga lipan goreng. Amacam, sanggup?
Pinasakan Sada
Haaa ini satu lagi makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Rupa dia macam masakan lauk biasa je kan? Menggunakan ikan Basung yang telah ditumis and then dicampur dengan buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada ni memang tahan lama tau, kalau nk tahu sedap ke tidak cer korang makan dengan nasi putih pastu sambal belacan sikit baru terangkat!
Kuih Tahi Itik
Kemain rare lagi nama kuih ni kan? Kenapa tahi itik? Nama je pelik tapi rasanya sedap ada rasa manis manis sikit. Kuih itik ni memang popular di pantai timur Kelantan dan Terengganu. Kuih yang diperbuat menggunakan putih telur, tepung dan kemudian dimasak dengan gula pekat. Kuih tahi itik ni takde bentuk yang spesifik pun just tempek tempek je tu sebab namanya tahi itik hehehe.
Ambuyat
Dua je bahan utama diperlukan untuk membuat ambuyat ini iaitu tepung sagu dan air panas. Perlu dikacau sehingga teksturnya kenyal-kenyal baru boleh dimakan. Warna ambuyat ni memang jernih dan agak melekit dan korang tahu tak cara nak makan ambuyat ni camne? Guna candas iaitu kayu penyepit buluh dan tak perlu dikunyah terus telan je tau. Rasa dia memang tawar but korang boleh lah makan ambuyat ni sebagai pengganti nasi. Makan pulak dengan lauk masakan kampung memang layan weh!
Haaaa mesti ada di antara korang yang suka makan makanan fast food lah hipster lah kan lebih baik korang bawak parents, pakcik makcik, sepupu sepapat, sahabat sejati or pakwe makwe korang tu cuba makanan etnik di Malaysia ni, hargailah produk tempatan kita okay gais! Majulah makanan etnik untuk Malaysia!!