Petanda dating fail. Lelaki vs Perempuan

Petanda dating fail. Lelaki vs Perempuan

Hmm, tengah -tengah dating, ada jek yang spoil. Itu tak kena, ini tak kena. Eh , susah ler gini ! Tahu tak macam mana nak detect dating korang tengah fail ? Haa, tau ke tau ?

 

Tanda Lelaki Bikin Dating jadi Fail !

1. Makan  kat mana.   

Makan kat mana adalah soalan maut yang susah nak jawab ! Kalau korang pilih port makan tak mengena, boleh          murung seminggu tau ! Kalau lelaki tuh bebetul syok dekat korang, opkos ler dia ada KEINGINAN nak bawa korang kat tempat helok sikit haa, macam Kfry Urban Korean ke, Seoul Garden ke, Western Restaurant ke haa, sebab kalau suka mestilah buat orang yang kita suka fefeeling bunga -bunga kan, TAPIIII kalau dia tak ada hati kat kau, haa  TAK ADA HATI tauu, memang lepak mamak, gerai tepi jalan lerr citer dia disertakan alasan. Lelaki kalau tak suka, dia memang less effort tau. Dah tu, korang orang perempuan jangan buat -buat tak reti pula.

2. Plan nak balik awal.

Haa, nii lagi satu hal. Korang ni perasan tak, ke tak perasan, ke syok sendiri emmm emmm lelaki kalau ada hati kat kita kan, dia akan cuba cari jalan  nak extend lebih masa sikit sebab nak spend time lama sikit dengan kita.  Tapiii, kalau dia macam resah gelisah tak senang duduk asyik nak tengok jam je, haa, tu maknanya dia tengah tunggu masa je nak kau ajak balik. Nak cakap, tak sampai hati kan, kang tak memasal kena label men are trash, jadi taktik halus dia, perempuan ajak balik dulu. Lelaki pun apa lagi, haa jom !

3. Ke arah friendzone.

Kalau kena friendzone, mesti rasanya dush dush kan. “Hati sakit, hati pedih !” (bunyikan ikut versi Sharifah Sakinah).
Kalau masa jumpa kan, lelaki asyik dok mention, “kawan” lebih dari lima kali, haa contoh dia “bestlah lepak dengan kau, aku tak ada pun KAWAN happy go lucky macam kau, semua hambar je”, perempuan dah boleh move on uii ! Pergi main jejauh, dia tak nak kau tu ! Bebanyak lerr sedar diri, awak bukan taste dia, opps !  Haa, tepuk !

4. Selfie.

​Haa, bab bab selfie ni, perempuan je rajin kan. Jangan tak tau, lelaki pun ada tabiat selfie  juga. Tapi ikut mood dia. Dia tak lerr manjang nak selfie. Haa, kalau dia rajin nak selfie dengan kau, maknanya dia ada hati kat kau ler tu. Tapi kalau dia tak okay nak selfie dengan kau, selfie tak ikhlas, ataupun dia dah remind awal -awal jangan post kat mana -mana socmed, haa ada lah tu something wrong somewhere.  Dia tak berkenan kat kau dan tak nak orang tau pasal kau dan tak nak member -member dia kenal tau yang dia pernah jumpa kau. Haa apa lagi? Tak faham faham ke wahai kaum wanita?

5. Pandangan kali pertama.

Nak tahu dia suka kau, lihatlah cara dia memandangmu, ecewahh ! Kalau lelaki pandang tang mata, memang ssup terus dalam jiwa. Kalau dia dok pandang kau melilau, jaga -jaga. Dia tengah scan kau tu haha biasa lah, lelaki kan. Dia tak ikhlas pun weh dengan kau. Dia saja je tu. Saja jumpa kau buat hilang bosan lols.

6. Nak pergi mana.

Nak pergi mana pun payah nak fikir kan? Okay, nak cakap ni, kalau kan lelaki tu ajak korang pergi tempat yang privasi pergi wayang ke, karaoke ke, tengok tasik ke, Bukit Ampang tengok view ke, haa memang dia ada hati kat kau. Mungkin sebab dia nak ingin berduaan dengan dirimu saja. Tapi, kalau dia ajak pergi tempat tempat crowded ramai orang, tengok fountain KLCC contohnya, haa maknanya dia tak selesa dengan kau dan dia tak ada perasaan kat kau ! Pergi nangis kat bucu katil sana !

 7. Tak minat nak layan.

Emm, kalau lah kan dia cepat bosan dengar kau bercerita, tapi cerita dia berjela pun nak suruh kau hadap tatap juga, haa itu pun masalah juga. Date korang dah fail. Sebab, dia memang tak hadap langsung pasal kau lagi nak tahu pasal life kau. So, tak nak nampak macam awkward masa tu, dia pun sembang sembang isu tak penting je, yang bukan personal story. So, gais. Korang dah boleh angkat kaki. Orang kalau sayang, kau kepoh macam ayam bertelur pun, dia still akan fokus dengan luahan hati kau. Serius !

8. Sebab kau bukan siapa -siapa.

Lelaki kalau dah cover pasal family, adik beradik ada berapa pun nak rahsia, maknanya dia memang tak berminat nak share apa -apa pada kau. Ye la, buat apa nak tahu, KAU BUKAN SIAPA SIAPA di hatinya.

9. Buat hal sendiri.

Lelaki yang dah syok kat kau akan beri perhatian pada kau, sebab bukan senang kan kadang tu nak make time sama -sama, jadi dia akan appreciate. Tapi kalau dia dok hadap phone, main game sebelah kau, kau rasa macam tunggul, emmm dia tak interested lah tu kan pasal kau.

10. No common sense for another steps.

Move on ah sistur! Kalau dia tak ada ura -ura nak ajak keluar ke, nak on the phone (otp) ke , nak whatsapp sekalipun tak nak, boleh berhenti berharap dah! Kalau dia nak, dia mesti effort nak kita.

Picture


Tanda Perempuan Bikin Dating jadi Fail !

1. Treat makan.

Girls kan kalau dia ada hati dengan lelaki, dia akan order makan yang mahal -mahal dan biarkan lelaki treat dia. Tapi, kalau lelaki tu tak kena taste dia, dia akan bayar makanan sendiri -sendiri. So, tu dia bagi hint reject ler tu.


2. No eye contact.

Haa, if kan girls buat hal sendiri, cakap pun tak nak pandang kau, mungkin kau tu hidung tak mancung pipi tersorong -sorong !

3.  Kena friendzone.

Ini sama je macam yang lelaki punya hint. Kalau dia dok mention korang ” kawan” all the times, haa, dh boleh try crush baru.

4. Dress -up Style.

Okay, yang nii kan korang, in case lah korang yang lelaki nii nampak perempuan dress up beriya menawan tertawan masa jumpa kau, haa maknanya dia bagi kau green light untuk next step. Based on satu kajian psikologi ni, pemakaian warna merah dan hitam ada double meaning. Warna ni melambangkan keberanian dan seksual. Warna macam ni bagi hint yang dia memang suka kau ! Tapi. kalau lah korang nampak girls tu pakai warna dull, tak jaga penampilan, selekeh belaka, maknanya kau tak penting ! Sila move on, guys. Hahaha.

 5. Persepsi.

Persepsi nii hmm, susah nak explain. Perempuan kan lain macam… Hint nak tahu perempuan suka kat lelaki tu kan kalau dia rasa selesa lelaki yang dia suka tu tengok breast dia. Weirdo kan ? Tapi itu lah hakikat yang sebenarnya. Dan kalau dia rasa tak selesa dengan pandangan lelaki tu, lelaki pandang dia pun dia dah bising- bising. Sebab apa ? Sebab dia rasa rimas dengan pandangan pandangan menjengkelkan sebegitu.

6. Cakap pasal ex.

Bab yang ni, okay, kalau kan perempuan tu suka kat lelaki tu, dia takkan sentuh langsung pasal isu ex ke skandal ke or pasal lelaki lain. Dia akan adore jek pada personaliti lelaki tu. Tapi kalau dia tak suka tu, dia akan dok bercerita pasal lelaki lain, yang lebih kena dengan hati dia. Beringatlah bahawasanya dia tak suka kau pun. Hahaha. Haa, tepuk !

7. Reject hantar balik.

Perempuan kalau dia suka kat lelaki kan, kan, dia akan selesa kalau kau pelawa dia hantar sampai rumah. Tapi kalau dia tak suka, dia tak akan cari macam -macam alasan untuk elakkan kau hantar balik rumah.

8. Share routine.

Perempuan pun licik, gais. Dia kalau suka, dia akan bagi number private yang orang terdekat yang tahu dan akan share routine dia buat apa, jam ni buat apa, mandi pukul berapa, makan jam berapa, apa apa semua. Kalau dia tak suka, dia tak akan bagitau apa apa pun kat lelaki tu. Nak tanya buat apa pun, kalau masa tu dia tengah bad mood, memang lelaki kena maki .

9. Busy.

Orang kalau suka dan sayang kita, dia akan tetap spend time walau dia busy macam mana pun, tapi kalau dia selalu bagi alasan ” alaa, i busy lah, lain kali la” dan macam macam lagi, tak payah lah lelaki nak gigih lagi pergi try and error. Memang makan hati.

10. Recommend member.

Haa, yang ni lagi lah jawapan makan hati. Kalau lah perempuan tu asyik mention dia ada member single ke apa ke paling tak boleh brain dia kata dia lesbian, haaa nii dah tahap mengundang kepatahan hati di pertengahan jalan. Jadi gais, jangan bengap sangat ! Bunga bukan sekuntum.

Pandangan dan pendapat yang disenaraipendekkan ini adalah berdasarkan pandangan umum pihak lelaki dan pihak wanita. Kalau korang rasa korang di ambang friendzone, sila move on segera! Haa, tepuk !