Korang suka pakai barang branded tapi tak mampu nak beli? Jangan risau, jom kita thrift shopping di sekitar Selangor dan KL.
1. Wonder Bundle
Wonder Bundle mempunyai koleksi high heels dari jenama terkenal seperti YSL, Michael Kors dan jenama lain yang biasanya ada di KLCC dan Pavilion Mall.
Kasut juga tersusun rapi di rak, jadi korang tak perlu susah-susah nak selam untuk cari barang branded dah. And yang paling best, Wonder Bundle akan bagi potongan harga!! Korang boleh dapat sepasang high heels dengan harga hanya RM10 je tau!
Alamat: AG21-23 Rampai Idaman, Jalan PJU 10/9, PJU 10, Prima Damansara, Petaling Jaya
Waktu dibuka: Isnin-Ahad, 10AM-6PM
2. Bandoru Store
Bandoru Store merupakan salah satu store yang paling terkenal terletak di Federal Highway. Ia digelar sebagai Bandoru Store sebab konsep kedai ni lebih kepada mengumpul pakaian preloved dan berkualiti yang diimport dari Jepun.
Alamat: PT7 Selangor, Lebuhraya Persekutuan, Batu 3, 40150 Shah Alam, Selangor.
Waktu dibuka: Isnin-Jumaat, 10 AM-10 PM/Sabtu & Ahad 10AM-11PM
3. 2nd Street Trading
Korang minat streetwear tak? 2nd Street Trading di KL Trader’s Square ada pelbagai jenis jenama streetwear dari Stussy hingga Nike, dengan harga confirm mampu milik punyalah!
Alamat: Unit 91-G & 91-1 KL Traders Square, Jalan Gombak, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu dibuka: Isnin-Ahad, 10AM-10PM
4. Refash
To girls out there yang minat dengan floral and pastel outfit, korang wajib datang sini. Dekat Refrash ni, pakaian masib baru dan in trend. Haaa tunggu apa lagi girls? Go get it! Harga pun mur-mur je. Oh btw, ada dua outlet yang korang boleh datang.
Sungei Wang G085
Alamat: Ground Level G085/086, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu dibuka: Isnin-Ahad, 11AM-9PM
Sungei Wang C13
Aamat: Concourse Level C13, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Masa dibuka: Isnin-Ahad, 11AM-9PM
5. Modo Japan Preloved
Pakaian dekat sini lebih kepada street to athleisure dan casual look. Kalau korang tengah cari jenama Ellesse dan Tommy Hilfiger dengan harga yang sangat rendah, Modo Japan Preloved ada untuk korang!
Alamat: 12, Jalan SS15/4B Subang Jaya Selangor
Waktu dibuka: Isnin-Ahad, 1PM-10:30PM