#6. Big Apple Donuts
Rakyat Malaysia kan suka yang manis-manis, pilihan donut yang tersedia pun memang banyak and menarik. Beberapa donat yang sangat digemari- Chocoholic, Iceberg, Ono Oreo, dan Donutella. Syarikat itu kini mempunyai 30 outlets kat seluruh Malaysia.
Pelaburan modal permulaan: RM 6,735,000 – RM 13,470,000
Yuran francais: RM 1,347,000
Royalti: 5%
#7. Pappa Rich
Ditubuhkan pada tahun 2005, yang telah mengambil masakan tradisional Malaysia ke tahap yang baru. Dengan 77 cawangan di Malaysia. Menu kat Pappa Rich lebih kurang je macam OldTown, offer makanan local tapi harga premium sikit.
Pelaburan modal permulaan: RM 1,500,000
Yuran francais: –
Royalti: 5%
#8. Ayam Penyet AP
Menyajikan makanan yang diilhamkan dari masakan tradisional Indonesia. Antara sajian yang sangat orang Malaysia gemari. Terdapat 45 outlets kat Malaysia.
Pelaburan modal permulaan: RM 577,000 – RM 752,000
Yuran francais: RM 100,000
Royalti: –
#9. Subway
Jenama sandwich yang paling famous dan merupakan rangkaian terbesar di dunia dengan lebih 44,ooo lokasi kat seluruh dunia. Subway menjadi pilihan utama buat dorang yang nak makan sandwich yang cepat, sedap dan berkhasiat.
Pelaburan modal permulaan: RM 607,946 – RM 1,075,131
Yuran francais: RM 44,900
Royalti: 8%
Yuran pengiklanan: 5%
#10. Tutti Frutti
Tutti Frutti Frozen Yogurt adalah jenama Amerika and salah satu franchise terbesar khususnya yogurt beku premium di dunia. Dengan lebih daripada 600 cawangan di seluruh dunia.
Pelaburan modal permulaan: RM 150,000
Yuran francais: RM 50,000
Royalti: 5%
Keusahawanan kat Malaysia nie semakin berkembang, francais antara business yang menjadi tarikan. Kiranya, bersepahlah francais-francais makanan nie uolls. Haa sebenarnya banyak lagi francais bukan setakat makanan je- service, kasut, baju. Yang penting jangan tahu makan je, kenalah tahu jugak serba sedikit francais-francais nie.