Mengintai Sex Education Negara Luar

Kesedaran terhadap kesihatan seks adalah rendah di kalangan masyarakat kita. Tahap rendahnya kesedaran ini telah mendatangkan pelbagai masalah seksual dalam masyarakat terutamanya wanita. Batas-batas dalam agama seperti tidak cukup memberi kesedaran seks kepada orang ramai. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan mata pelajaran pendidikan seks di negara kita. Banyak negara lain telah memberikan sex education kepada belia mereka yang masih di bangku sekolah.

Sebelum kita mengintip sex education di negara luar, jom kita berkenalan dengan sex education. Nanti ada pula salah faham, ada pula fikir sex education ni nak ajar budak-budak nak have sex. Sebenarnya sex education ni adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan pendidikan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia. Sex education mendapat tentangan di negara kita. Adanya mengatakan kita hendaklah memberikan Pendidikan mengenai gangguan seksual dan bukannya pendidikan seks.

Belanda dikenali sebagai negara yang liberal termasuk hal seks. Bagi Belanda, seksual adalah bagian alami dari manusia yang seharusnya diajarkan pada siapa pun. Pendidikan seks diwajibkan untuk anak usia empat tahun ke atas. Pendidikan seks menekankan pada kemampuan seorang anak untuk menghargai tubuhnya sendiri atau berfokus pada seksual dengan cara menghargai teman sebaya.

Bukan sahaja Belanda mula mengajar pendidikan seks lebih awal, mereka juga membuat mandat pendidikan seks tersebut. Pendidikan seks Rutgers ditujukan untuk membantu golongan muda membuat pilihan yang berpengetahuan, dan telah diterima pakai oleh beberapa sekolah tempatan dan antarabangsa di Belanda.

Rutgers’ Spring Fever curriculum bermula pada usia 4-5 membincangkan perasaan, sebagai contoh budak lelaki diajar menjadi budak lelaki berbanding seorang gadis. Pada usia 7, sesi termasuk membincangkan rasa hormat dan daya tarikan kepada orang lain, dan pada usia 8-9 ialah diajar mengenai tarikan seks dengan orang lain. Pada umur 10-11, topik termasuk perubahan semasa akil baligh, cinta dan berpasangan, dan lelaki dan wanita dalam media. Kurikulum ‘Long Live Love’ (Lang leve de liefde) bertujuan untuk memberikan remaja kemahiran untuk membuat keputusan mereka sendiri dan memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek biologi reproduksi tetapi juga nilai, sikap, komunikasi, dan kemahiran rundingan. Tumpuan utama mesej Rutgers adalah perasaan positif dan mempunyai komunikasi terbuka.

Semua benda berkaitan seks diajarkan di Belanda, termasuk soal penggunaan kontrasepsi dalam hubungan seksual hingga pengetahuan tentang penyakit menular seksual. Hasilnya, angka kehamilan usia muda di Belanda te rendah. kontrasepsi dalam hubungan hingga penyakit menular seksual. Hasilnya angka kehamila usia muda di Belanda rendah.

Program Pendidikan Seks berbeza-beza di seluruh Amerika Syarikat dan tidak wajib di di semua negeri kecuali daerah Columbia. Walaupun hampir setiap negeri mempunyai panduan mengenai bagaimana dan apabila pendidikan seks patut diajar, keputusan sering dibuat oleh daerah sekolah masing-masing. Planned Parenthood memainkan peranan penting dalam menyokong pembiayaan persekutuan untuk program berasaskan bukti seperti Program Pencegahan Kehamilan Remaja (TPP) dan Program Pendidikan Tanggungjawab Pribadi (PREP).

Jurang antara pelajar pendidikan seks harus diterima dan apa yang sebenarnya mereka terima adalah luas. Mengikut Profil Kesihatan Sekolah CDC 2014, kurang daripada separuh daripada sekolah menengah dan hanya seperlima sekolah menengah mengajar semua 16 topik yang dicadangkan oleh CDC sebagai komponen penting pendidikan seks. Topik ini terdiri daripada maklumat asas tentang bagaimana HIV dan STD lain disebarkan – dan bagaimana untuk mencegah jangkitan – untuk komunikasi penting dan kemahiran membuat keputusan.

Malah, hari ini, kanak-kanak kurang melaporkan menerima sebarang pendidikan seks secara rasmi. Secara keseluruhannya, pada tahun 2011-2013, 43% wanita remaja dan 57% lelaki remaja tidak menerima maklumat mengenai kawalan kelahiran sebelum melakukan hubungan seks buat kali pertama. Walaupun penurunan ini dalam pendidikan formal, tidak ada kenaikan kadar remaja yang membincangkan topik pendidikan seks yang sama dengan ibu bapa mereka.

Macam mana pula sex education di asia. Kita ambil contoh di Korea. Korea memamasukkan pendidikan seks dalam kurikulumnya untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, tetapi progres dengan program ini agak lambat disebabkan oleh bilangan guru terlatih yang terhad. Akibatnya, Persatuan Kristian Wanita Muda semakin terlibat dalam memberikan sex education dan menganjurkan seminar dan ceramah di bandar-bandar utama. Persatuan Pemandu Belia juga memberikan kuliah bimbingan seksual untuk belia yang sudah bekerja. Persatuan Kebajikan Masyarakat Kristian membuka pejabat untuk menasihati kanak-kanak lelaki dan perempuan tentang hubungan seksual. Peningkatan penekanan ini adalah sebagai tindak balas terhadap kejadian kes rogol yang semakin meningkat, yang berjumlah 800 pada tahun 1974 tetapi meningkat kepada 3642 pada tahun 1982.

Konklusinya, sex education ada baik dan buruknya. Malah negara atau negeri yang memberikan sex education ini tidak semuanya berjaya menangani masalah seksual di negara mereka. Tetapi kita boleh mengambil contoh negara yang telah berjaya mengurangkan masalah seksual di negara mereka seperti Belanda dan mengambil pengajaran daripada negara lain yang tidak berjaya dalam sex education mereka. Kita dari tadi mengintip negara lain punya sex education, macam pula dengan sex education di negara kita? Masalah seksual di negara kita pun makin meningkat, so macam mana nak bendung masalah ini? adakah dengan memberikan sex education seperti belanda dan korea dapat mengatasi masalah ini? Atau adakah negara kita akan menjadi seperti amerika yang anak luar nikah mereka semakin meningkat.