Tips berguna ‘Nak Hidup’ sampai hujung bulan !

by; Ayumohdkhamin
Hujung bulan je mesti amalkan M.A.S (Mak Ayah Sponsor) takpun mengampu kawan dan sebagainya. Apa taknya, selalu lari bajet ! jangan risau MKR nak shared dengan korang tips untuk tebalkan dompet anda . jika korang mahu poket tebal pada hujung bulan baca entry ini !
Tips 1
Kenalpasti keperluan dan kehendak

membeli belah bukan hanya memenuhi nafsu semata-mata. Pantang nampak promosi Beli baju nak tunjuk, beli kasut nak tunjuk. kalau orang belanja takpe. Elakkan beli ikut nafsu kalau perlu takpe tapi nampaknya baju da tak muat almari, beg dah ada 10 koleksi, sepatu taktahu nak simpan mana lagi.
Tips 2
Kurangkan berbelanja yang tak penting

Ada yang memilih barang sama tapi harga jauh lebih mahal katanya ‘kualiti itu penting’. Ada juga yang memilih barang harga lagi murah lagi elok katanya ‘ekonomi merosot’. Itu semua terpulang pada individu.  Kenapa nak berbelanja lebih sedangkan kalau boleh dapat qualiti yang bagus dengan harga yang ok dekat situ kita dapat berjimat dan wang lebih bolehla disimpan.
Tips 3
Cuba dulu baru beli

Sebelum beli cuba dulu barang itu. Nanti sampai rumah takde la timbul isu ‘tak muatla, terlebih besar la, koyaklah,’ kan da rugi ! Jangan la pulak nampak baju tu catik, saiz tinggal satu pulak tu, berangan boleh muat pastu amik. Sudahnya, baju tu terperuk dalam almari tanpa tak di sentuh. Senangnya orang zaman sekarang ni membazir!
Tips 4
Racang masa depan

Terutamanya sasar target untuk 3 benda ini rumah, kereta dan menyimpan. Kalau sesak-sesak hujung bulan ada jugak akaun yang boelh dikorek. Rancang pembelanjaan ! Korang tak teringin ke nak mamiliki rumah dan kereta besar satu hari kelak.
Yang pasti hidup di kota dengan kos yang tinggi memang, so, harapnya entry kali ini membantu korang untuk tidak terlepas menyimpan . Displin kan diri menyimpan sekurang-kurangnya Rm50 sebulan okey?