Memilih warna lipstik mengikut warna kulit

by; Ayumohdkhamin

wanita dengan lipstik memang tak dapat dipisahkan. Lipstik bagaikan penyeri wajah. Namun jika anda masih baru ‘newbie’ soal makeup. semua warna memang nampak menarik ! tapi, tidak semua warna akan nampak sesuai pada bibir anda. Masalah ini dipengaruhi oleh warna dasar kulit anda.

so, MKR nak shared dengan anda cara memilih lipstik yang sesuai dengan warna kulit

1. Kulit putih

untuk mereka yang memiliki warna kulit ini memang rasa bertuah kerana mudah memilih lipstik yang mereka inginkan. Untuk mendapatkan natural look, cubalah untuk menggunakan warna lipstik natural seperti warna pink, pink pastel, atau pink magenta.Untuk mendapatkan penampilan yang simple, gunalah lipstik warna nude (warna kulit), koral, krim, atau peach. Untuk mendapatkan penampilan yang seksi, gunalah lipstik warna merah cerah, merah maroon, atau merah kecoklatan.

 2. kulit kuning langsat
Jika kulit anda kuning langsat, untuk mendapatkan natural look, anda sesuai menggunakan lipstik warna pink yang agak tua dan pink-peach.Untuk mendapatkan penampilan simple, guna lipstik warna soft peach hingga peach gelap. Untuk mendapatkan sexy look, gunakanlah lipstik berwarna merah menyala atau orange terang. Hindari warna-warna nude kerana boleh buat wajah anda nampak pucat

 

3. kulit sawo matang

Jika anda berkulit sawo matang atau tan sangat sesuai memakai lipstik berwarna pink pastel gelap atau pink stabilo untuk natural look. Jika anda ingin penampilan yang simple tapi elegant, guna lipstik berwarna coklat muda atau peach. Elakkan warna orange ataupun warna merah jambu, warna-warna ini akan membuat make up anda sangat kusam dan tidak segar dipandang

4. Kulit gelap

Bagi anda yang memiliki kulit gelap atau hitam jangan bimbang kerana anda boleh memilih beberapa warna lipstik yang akan membuat wajah anda lebih cerah. Untuk mendapatkan natural look, guna lipstik warna ungu muda atau ungu tua. Warna tersebut akan terlihat sangat sesuai dengan kulit anda manakala, untuk mendapatkan penampilan simple, guna lipstik berwarna coklat muda atau coklat tua. jika anda ingin mendapatkan penampilan seksi, guna lipstik berwarna ungu kemerahan dan merah bata terang

itulah cara memilih lipstik mengikut warna kulit. Tapi apa-apa pun terpulanglah kepada anda sama ada mahu ikut atau tidak. Yang penting jika anda percaya pada diri, semua warna akan nampak sesuai pada anda. Selamat cantikkan diri dengan lipstik pilihan anda!