Bersama 2050

Banyak bakat kreatif yang masih tersembunyi dari para pelajar kampus luar bandar. Bersama 2050 merancang untuk memberi pendedahan kepada mereka melalui sebuah pertandingan yang disokong oleh para elit indie kreatif Malaysia seperti Amir Muhammad (Kuman Pictures), Obscura Photography & Kreativer Klub.

Keunikan Bersama 2050 : PERTAMA, kami sasarkan kepada pelajar luar bandar, dengan memanfaatkan bakat mereka melalui pertandingan dan mempamerkan karya mereka di Kuala Lumpur untuk menonjolkan bakat mereka dalam industri. KEDUA, memberi anak muda Malaysia peluang untuk membuat interpretasi semula apabila negara menghampiri 100 tahun akan datang yang dikaitkan dengan perpaduan, keharmonian dan keamanan negara.

Sejak tahun 2016, MyKampus Radio (MKR) merupakan penganjur dan pertubuhan media berbahasa Melayu untuk para belia. MKR menyediakan ruang untuk para belia membahaskan/menyuarakan isu semasa melalui perbincangan dan perdebatan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia. Program Bersama 2050 adalah salah satu inisiatif untuk pihak MKR meningkatkan suara dan penyertaan daripada pelajar universiti peringkat rendah dan tertinggi.

Pertandingan ini dibuka pada 01 Julai 2022, dengan penyerahan dan keputusan pertandingan pada bulan Ogos, diikuti dengan pameran yang akan diadakan pada akhir bulan Ogos dan September sehingga sambutan Hari Malaysia.

Kempen ini menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM60,000 sebahagian daripada RM200,000 dalam menjayakan projek ini.

Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengalu-alukan syarikat korporat, SMEs, para dermawan yang dihormati dan patriot lain untuk menderma dan membawa visi artis-artis muda ini di seluruh Malaysia. Para penyokong akan diiktiraf sebagai tulang belakang Bersama 2050 di kedua-dua pameran fizikal dan maya.

Pameran bersempena bulan kemerdekaan ini akan berlangsung selama 21 hari dan meraikan pemenang serta finalis pertandingan ini. Kolej Vokasional dan Politeknik seluruh Malaysia seperti Ibrahim Sultan, Ungku Omar dan KV Kuala Krai akan berada dalam senarai penyertaan pertandingan.

Lokasi pameran akan dianjurkan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Kategori untuk pertandingan adalah lukisan seni, video pendek, fotografi, doodle dan seni kitar semula.

Penaung bagi projek ini ialah Dato’ Yusli Mohamed Yusof (seorang bekas CEO Bursa Malaysia dan kini merupakan pengerusi untuk KPJ Healthcare Bhd). Kami mendapat sokongan kuat daripada The Malaysia German Chamber of Commerce dan Friedrich Naumann Foundation untuk projek ini, bersama-sama dengan rakan kongsi kami iaitu pihak GMBB, Westports Holdings, Noush Naturals dan Balai Seni Negara.

Ukir nama anda sebagai “orang kuat” Bersama 2050 dengan menyumbang kepada crowdfunding ini. Syarikat yang ingin menjadi penaja utama atau rakan kongsi digalakkan untuk membaca kertas kerja projek ini (link).

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi melalui email [email protected] atau di talian +6014 – 956 5374.

Video Pendek Bersama 2050

Ringkasan Bersama 2050

Perkenalkan ‘keluarga’ kami bagi program #Bersama2050