Bersama 2050 Competition Rules

Bersama 2050 memberi peluang kepada golongan belia untuk meluahkan visi mereka melalui pertandingan lukisan, video pendek dan fotografi. 3 (tiga) jenis kategori akan dinilai secara berasingan dan mempunyai syarat-syarat yang berbeza (perincian disertakan dibawah) 

Pemenang dan karya peserta yang terpilih akan ditayangkan semasa pameran kami di GMBB Kuala Lumpur sepanjang bulan kemerdekaan. 

Tema -tema yang dicadangkan adalah seperti berikut: 

  • Perpaduan antara semua rakyat Malaysia 
  • Suara & tenaga Belia
  • Masa depan yang masih mengekalkan semangat masa kini
  • Kepelbagaian kaum dan budaya yang inklusif 

Namun, tema ini tidak terhad kepada penggunaan 1 tema sahaja,  peserta dibenarkan menggunakan keempat-empat tema yang tertera. 

Syarat Umum Pertandingan

Tarikh penyertaan 12 JULAI 2021 hingga 13 OGOS 2021

  • Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Semua penyerahan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang LENGKAP dan JELAS. Borang penyertaan akan disertakan melalui QR code di poster dan pautan Google Form yang akan diberikan.
  • Penyertaan dibuka kepada peserta yang berumur 16 tahun hingga 25 tahun sahaja.
  • Semua hasil karya penyertaan mestilah asli dan ciptaan sendiri. Pihak penganjur berhak untuk BATALKAN penyertaan atau MENARIK BALIK hadiah sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah satu jenayah dan tidak beretika.
  • Semua penyertaan yang dihantar akan menjadi milik MyKampus Radio dan tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta. Ia akan digunakan sebagai tujuan promosi dan pendidikan seperti cetakan, laman web, poster dan lain-lain.
  • Peserta boleh menyertai lebih daripada satu penyertaan mengikut 3 kategori diberi tetapi berhak menerima SATU hadiah sahaja bagi semua kategori pertandingan.
  • Peserta perlu sediakan deskripsi atau penceritaan untuk hasil karya berbentuk teks sekurangnya 50-100 patah perkataan atau video berdurasi maksimum 2 minit.
  • Penyerahan hasil karya selepas tarikh akhir (13 Ogos 2021) TIDAK AKAN DITERIMA.

Sentiasa RUJUK laman media sosial dan web rasmi MyKampus Radio untuk perkembangan dan aktiviti terkini

Penjurian

  • Pemenang akan ditentukan oleh panel Juri Professional yang dilantik.
  • Karya yang kreatif, unik, menepati tema dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dipilih.
  • Penilaian tertumpu kepada tema, kekemasan, daya kreativiti, keunikan, kandungan, teknik yang menarik dan idea penghasilan.
  • Keputusan panel penilai adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  • Penilaian akan dibuat secara online.
  • Karya tidak asli dan didapati mempunyai unsur plagiarism akan dibatalkan.

**Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh berhunung melalui Whatsapp: 017-370 5059 (Zul)  & emel kepada [email protected] 

Beroperasi 24 Jam, dan sertakan “Pertanyaan Bersama 2050” dalam tajuk emel anda.

Draw The Future (Lukisan Seni)

  • Penyertaan secara individu
  • Menggunakan kreativiti melukis gambar bertemakan perpaduan dan bayangan Malaysia pada tahun 2050
  • Kepelbagaian jenis dan teknik lukisan dibenarkan dalam pertandingan ini
  • Medium yang dibenarkan untuk melukis : kertas, kanvas, kain dan sebagainya.
  • Hadiah menanti anda:

Tempat Pertama

RM 1,500 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan + Pameran Hasil Karya

Tempat Kedua

RM 1,000 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan + Pameran Hasil Karya

Tempat Ketiga

RM 700 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan + Pameran Hasil Karya

Tempat Keempat

Hadiah Saguhati + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan

Tempat Kelima

Hadiah Saguhati + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan

RE50LUSI (Fotografi)

  • Penyertaan secara individu
  • Peserta perlu bermain dengan dimensi, cahaya, atau lensa bagi menangkap gambar yang kreatif
  • Hasil tangkapan perlu menerapkan elemen perpaduan dan bayangan Malaysia pada tahun 2050
  • Peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 2 keping gambar
  • Hadiah menanti anda:

Tempat Pertama

RM 1,500 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan
+ Pameran Hasil Karya

Tempat Kedua

RM 1,000 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan
+ Pameran Hasil Karya

Tempat Ketiga

RM 700 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan
+ Pameran Hasil Karya

Tempat Keempat

Hadiah Saguhati + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan

Tempat Kelima

Hadiah Saguhati + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan

PADU-an (Videografi)

  • Penyertaan secara individu
  • Video yang dihasilkan perlu berasaskan perpaduan dan keharmonian negara Malaysia
  • Peserta boleh mencipta sekeping fiksyen, dokumentari, pengumuman perkhidmatan komuniti atau klip muzik
  • Hadiah menanti anda:

Tempat Pertama

RM 1,500 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan
+ Pameran Hasil Karya

Tempat Kedua

RM 1,000 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan
+ Pameran Hasil Karya

Tempat Ketiga

RM 700 + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan
+ Pameran Hasil Karya

Tempat Keempat

Hadiah Saguhati + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan

Tempat Kelima

Hadiah Saguhati + Sijil Penghargaan Peringkat Kebangsaan