10 Muzium Terpelik di Dunia

#6.  Torture Instrument Museum, Netherlands. 

Mempamerkan lebih 100 alatan penyeksaan yang digunakan pada zaman pertengahan Eropah untuk menghukum/penyiksa pesalah. Segala informasi adalah dalam bentuk visual, fizikal dan tulisan. Korang jangan pengsan pulak!

#7. Mummies Museum, Mexico. 

Menempatkan mayat yang sudah diawetkan! Pada tahun 1870-1958, Mexico mewajibkan mayat pun dikenakan cukai yang tinggi dan membuatkan keluarga si mati memilih untuk tak tanam dan lebih rela untuk mayat itu diawetkan dan dijadikan mummies. Lebih dari 100 koleksi mayat dipaparkan di sini termasuklah mayat bayi.

#8. Ramen Museum, Jepun. 

Pada tahun 1958, Momofuku Ando mencipta mi segera pertama di dunia berperisa ayam. Maka terbinalah The Momofuku Ando Instant Noodle yang menyimpan lebih 800 koleksi mi segera di seluruh dunia.

#9. Psychiatric Museum, Amerika Syarikat. 

Sangat sesuai untuk korang yang ingin faham macam mana jadi orang gila. Menyimpan koleksi dan sejarah skait mental  pada 130 tahun yang lalu. Dibina di bekas hospital sakit jiwa St.Joseph. Pelbagai peralatan merawat sakit mental yang menakutkan dipamerkan.

#10. Museum of Menstruation, Maryland. 

Mungkin antara muzium yang paling menggelikan kot. Jangan terkejut yang muzium ini diasaskan oleh seorang lelaki bernama Harry Finley. Pelbagai koleksi produk period wanita antaranya pad pertama keluaran Kotex pada tahun 1998 dan juga ada banyak pakaian yang terkena darah haid yang dipamerkan.

Rupanya wujud jugak muzium yang mempamerkan benda-benda pelik dan unik dalam dunia, ingatkan muzium untuk sejarah je- Kini tidak lagi, sampai darah haid pun boleh ditayangkan!

 

 

 

PAGES

1 2