10 Muzium Terpelik di Dunia

Setiap negara mempunyai muzium untuk menyimpan barangan bersejarah dan berharga. Muzium antara tempat wajib dilawati bila kita travel kat tempat orang kan? Namun siapa sangka, kat luar sana terdapat banyak muzium yang pelik-pelik yang confirm tak terjangkau dek akal! MKR kongsikan ..

#1. Museum of Broken Relationship, Croatia. 

Diilhamkan oleh pasangan kekasih yang hubungan cinta mereka putus di tengah jalan. Sebuah muzium yang penuh dengan emosi yang bercampur baur, memori lampau, kepahitan and mungkin jugak sedikit kelakar. Pelbagai barangan yang didermakan sendiri oleh mereka yang dah break off, koleksi ini semua adalah pemberian dari ex gf ex bf.

#2. Sulabh International Museum of Toilets, India. 

Dibuka untuk memberi informasi kepada public tentang sejarah tandas. Memaparkan segala jenis mangkuk tandas dari seluruh dunia. Termasuklah, jamban bekas milik Ratu Victoria, mangkuk tandas di angkasa dan jamban antik dari tahun 2500 sebelum Masihi.

#3. Penis Museum, Iceland. 

Muzium ini dibuat sempena kajian dan penemuan tentang phallology iaitu kajian tentang segala jenis penis. Terdapat lebih dari 200 penis dipamerkan antaranya ialah zakar terbesar kepunyaan ikan paus, gajah and tidak terkecuali penis manusia pun ada jugak!

#4. Cancun Underwater Museum, Mexico. 

Muzium ini bukan untuk semua orang, untuk masuk ke dalam muzium ini korang kena menyelam ke dasar laut! Dibina pada 2009, objektifnya adalah untuk orang ramai menjaga dan sayangi terumbu karang. Kira-kira 500 ukiran yang diperbuat daripada tanah liat semulajadi dipamerkan di muzium dasar laut ini!

#5. The Museum of Sex, New York.

Dibuka pada tahun 2002 bertujuan untuk membuat dokumentasi mengenai sejarah dan evolusi seksual manusia, ia juga bertujuan untuk memberi pendidikan seks terutamanya kepada golongan remaja. Mempunyai 15000 koleksi artifak, hasil seni, fotografi, kostum dan beberapa barang berkaitan seks. Hanya 18 tahun dan keatas saja yang dibenarkan masuk.

Japppp! Ada lagi pelik, click nextpage! 

PAGES

1 2